suria

[V] Hubungan dengan Aliff Aziz bermasalah, bertarung lembaga hitam dan mimpi didatangi ular... Bella Astillah terkena sihir pemisah

PENYANYI Bella Astillah mendedahkan dia suami, Aliff Aziz menanggung derita sejak sebulan lalu akibat perbuatan syirik dipercayai sihir pemisah yang ingin meruntuhkan rumah tangganya.

Bella, 28, berkata, dia dan Aliff sering didatangi mimpi pelik dan apabila perkara itu dirujuk kepada seorang ustaz, mereka dimaklumkan ia mempunyai kaitan dengan niat jahat yang mahu lihat mereka berpisah.

"Saya boleh katakan hubungan kami dalam tempoh sebulan kebelakangan ini memang tak okey. Kami nampak perubahan dalam diri masing-masing. Bagaimanapun saya bersyukur Aliff mahu berubat demi menjaga hubungan kami.

bella 2

Aliff sentiasa memberi sokongan ketika berdepan ujian.

"Kami selalu mimpi benda yang pelik-pelik... saya pernah mimpi nampak ular dan Aliff pula nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam. Kalau nak cerita memang buat saya rasa takut.

"Apabila perkara itu dirujuk kepada ustaz, katanya itu memang satu petanda tidak baik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Aliff Aziz masuk hospital akibat demam panas

Bella mendedahkan perkara itu ketika sidang media program Famili Duo yang berlangsung di Artisan's Playground by Cookhouse, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menyifatkan ia ujian berat dalam hubungan mereka, Bella yang masih dalam proses rawatan secara perubatan Islam bagaimanapun enggan mengetahui siapa dalang di sebalik perubatan terkutuk itu terhadap keluarganya.

Bella yakin, kematangan dalam rumah tangga dan dugaan dilalui sebelum ini membuatkan mereka kuat mempertahankan kebahagian yang dibina sejak enam tahun lalu.

Kami nampak perubahan dalam diri masing-masing

BELLA ASTILLAH

PENYANYI

"Syukur selepas proses berubat kami mula rasa perubahan yang lebih baik. Aliff sekarang masih lagi dalam tempoh berehat. Sepanjang berdepan dengan ujian ini Aliff banyak beri sokongan.

"Sekarang ini kami berdua matang dan tahu untuk mempertahankan rumah tangga. Kami anggap ini sebagai satu ujian dan teguran," ujarnya.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Bella melihat apa yang berlaku ini juga berpunca daripada diri sendiri yang sering berkongsi gambar bersama suami di media sosial.

bella 1

Bella dan Aliff bersama dua cahaya mata mereka.

Dalam masa sama, Bella mendedahkan dia hampir menarik diri daripada menyertai Famili Duo yang bakal memulakan siaran pada 18 Disember ini disebabkan masalah kesihatan dialami.

"Sebelum ini saya kurang percaya dengan ilmu sihir begini. Bila terjadi ada diri sendiri barulah tahu. Mungkin salah diri sendiri kerana banyak kongsi gambar bersama Aliff.

"Saya mohon maaf jika perkongsian saya buat orang lain tak selesa," jelasnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 5, dan Ara Adreanna, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain