suria

Anak-anak Aliff Aziz masuk hospital akibat demam panas

Bella Astillah lebih memberi tumpuan kepada anak-anak berbanding kisah peribadi.

ISTERI kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menjelaskan dia dan suami tidak mempunyai sebarang niat untuk melarikan diri daripada memberi kenyataan berhubung penularan video melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Intan Najuwa yang tular di media sosial.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sebaliknya berkata, ketika ini tumpuan adalah terhadap dua cahaya mata mereka, Muhammad Ayden Adrian, 5 dan Ara Adreanna, 2, yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat demam panas.

"Saya minta maaf sebab bukan tidak mahu bagi respon, tetapi sekarang anak-anak dimasukkan ke hospital. Jadi fokus saya kepada mereka.

Untitled design (68)

Bella fokus kepada tahap kesihatan dua anaknya yang dimasukkan ke hospital hari ini.

"Anak-anak demam teruk. Jadi saya tidak boleh respon apa-apa, minta maaf ya," katanya kepada mStar melalui pesanan WhatsApp pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

Pada Khamis lalu, tular video memperlihatkan Aliff berpelukan dengan Intan ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter dipercayai di Genting Highlands.

Video itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan kedua-dua pelakon itu berpelukan meskipun dalam sebuah drama.

Bagaimanapun, Intan dalam reaksinya memberitahu perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan atas dasar kerja.

Sebelum ini, usaha mStar mendapatkan respon Aliff berhubung isu itu tidak berjaya apabila penyanyi berasal dari Singapura itu tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej yang dihantar kepadanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain