suria

[VIDEO] Mesra macam pasangan bercinta! Meerqeen tahu batas hubungan dengan Anna Jobling... Teruja bakal terbang ke Indonesia

BUKAN sekadar dalam drama, keserasian pelakon Meerqeen dan Anna Jobling juga menjadi tumpuan ramai apabila mereka dilihat sering berbalas komen di media sosial.

Gara-gara kemesraan itu, ada yang beranggapan kedua-duanya adalah pasangan kekasih dan sedang bahagia bercinta selepas terlibat dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Menjelaskan hal tersebut, Meerqeen, 21, memberitahu dia dan Anna saling memahami dan masing-masing mengetahui apa yang tidak sepatutnya berlaku di luar lokasi.

merqeen

Meerqeen bimbang namanya mudah jatuh selepas kini semakin popular.

"Sejak awal penggambaran drama saya dan Anna telah bincang tentang perkara yang patut dan tidak kami lakukan sebagai pelakon.

"Tidak dinafikan apa yang dipamerkan di media sosial telah melonjakkan drama kami berdua.

"Bagaimanapun saya dan Anna hanyalah kawan dan tiada sebarang hubungan istimewa antara kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen tolak gimik bodoh promosi drama, pura-pura bergaduh di set penggambaran nampak murah!

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen jaga privasi keluarga, tak semua foto boleh kongsi untuk tatapan umum

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata demikian ketika ditemui di majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta baharu produk minuman Spritzer yang berlangsung di Subang Jaya pada Khamis.

Meskipun drama lakonannya itu mendapat sambutan hangat sehingga ke luar negara, Meerqeen tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk berbangga diri.

Dalam masa sama Meerqeen juga tidak menyangka lagu nyanyiannya berjudul Menunggu kini mula tular di Indonesia.

Saya gembira namun tidak mahu bangga kerana takut lupa diri

MEERQEEN

PELAKON

"Memang terkejut drama kali ini dapat sambutan hingga luar negara. Saya gembira namun tidak mahu bangga kerana takut lupa diri.

"Kita tak tahu bagaimana sambutan drama saya akan datang. Bila dah ada satu tanda aras begini saya takut jika drama akan datang tidak menjadi.

"Sementara itu apabila lagu viral di Indonesia, saya juga bangga. Mungkin cerita yang disampaikan kena dengan citarasa pendengar sana," ujarnya.

meerqeen 3

Meerqeen diumumkan sebagai salah seorang duta baharu Spritzer.

Menerima beberapa undangan menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara di Indonesia, Meerqeen tidak menolak sekiranya mendapat peluang berlakon di sana.

"Buat masa ini belum ada sebarang tawaran berlakon. Cuma saya akan ke sana hujung Julai menjadi tetamu program televisyen dan beberapa urusan kerja lain.

"Kalau ada peluang untuk berlakon di sana, saya tidak akan menolak dan sedia untuk lebarkan sayap ke negara orang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain