suria

Meerqeen jaga privasi keluarga, tak semua foto boleh kongsi untuk tatapan umum

Meerqeen lebih selesa menjaga privasi hal membabitkan keluarga.

MAHU menjaga privasi keluarga, pelakon Meerqeen memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi foto mereka di laman sosial.

Kata Meerqeen atau nama sebenar Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 21, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum terutamanya membabitkan hal peribadi.

"Keluarga dan kerjaya adalah dua perkara yang berbeza. Instagram saya gunakan untuk posting hal-hal berkaitan kerja dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburan Penat jawab soal kahwin, Meerqeen siap bagi ceramah!

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen susah nak ‘move on’, tak suka jadi mangsa cinta dikhianati

"Saya jarang berkongsi foto keluarga kerana mahu memberikan ruang privasi kepada mereka. Keluarga adalah segala-galanya untuk saya.

"Bagi saya tak semua perkara terutamanya hal peribadi perlu didedahkan untuk tatapan orang ramai," katanya kepada mStar.

meerqeen 3

Meerqeen tak kongsi foto keluarga di Instagram.

Meskipun jarang berkongsi kehidupan peribadinya, pelakon drama Angkara Cinta ini berkata keluarganya tidak pernah masuk campur dalam apa jua urusan membabitkan kerjaya seninya.

Keluarga saya bukan artis yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat, yang menjadi anak seni itu adalah saya!

MEERQEEN

PELAKON

"Keluarga saya bukan artis yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat. Yang menjadi anak seni itu adalah saya.

"Biarlah saya sahaja yang ke depan dan bukannya mereka. Alhamdulillah mereka sangat menyokong perjalanan seni saya ini dan tak masuk campur hal membabitkan kerja," ujarnya.

meerqeen 2

Meerqeen terima sokongan keluarga sepanjang berada dalam industri seni.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen bakal muncul dalam drama Ash dan Aish yang bakal bersiaran dalam slot Megadrama Astro tidak lama lagi.

"Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran drama Melur Untuk Firdaus yang akan bersiaran di TV3 pada bulan Ramadan ini.

"Selain itu drama 10 episod Nenek Bongkok Tiga arahan Datuk Yusry Abdul Halim pula akan memulakan penggambaran sekitar Mei depan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain