suria

[VIDEO] Bidadari cantik jual pau viral di TikTok rupa-rupanya Bienda, tapi ramai pula sangka hidup susah

Bienda dipuji kerana sanggup turun padang bantu suami

GARA-GARA video di TikTok memperlihatkan kegigihannya berniaga pau di tepi jalan, penyanyi Bienda mendedahkan dihubungi ramai pihak yang menyangka dia kini berdepan kesukaran hidup.

Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun akhirnya Bienda buka rahsia tarikh sebenar kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Bienda Puas Hati Dengan Persembahan Biarpun Tersingkir GGV

“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, sebuah video TikTok memperlihatkan penyanyi itu sedang berniaga pau dikongsi oleh seorang individu.

Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga

BIENDA

PENYANYI

Rata-rata netizen memuji wanita penjual pau itu apabila sanggup berpanas demi mencari rezeki.

“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.

“MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.

“Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.

bienda 4

Antara komen pengguna Tik Tok

Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.

Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui sukar memasarkan produk dalam acara-acara jualan besar seperti sebelum ini.

“Disebabkan pandemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehilangan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.

@jimtoncet Support kak Cik ni & link below https://m.facebook.com/papapauJK/ owner nama Bienda Lavienda. #pau #fyp #jalankuching ♬ original sound - Nazim (Jim) Hilmi

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain