suria

Zara Zya kumpul duit setahun beli kereta Porsche - “Bukan saya beli cash pun”

Impian Zara tercapai selepas setahun

IMPIAN pelakon Zara Zya memiliki kereta idaman jenis Porsche 718 Boxster akhirnya tercapai.

Cerita Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, dia mengumpul duit lebih setahun bagi membeli kereta mewah yang berharga kira-kira RM400,000 itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya sedia bergelar isteri, akan kongsi berita baik jika sudah pasti

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peminat syak Zara Zya ada hubungan istimewa dengan Alha Alfa, sambut birthday bersama di rumah orang tua-tua

“Syukur dan gembira dapat memiliki kereta ini. Saya pilih kereta ini kerana ia lain daripada yang lain.

“Saya seorang yang akan meletakkan sasaran yang dimahukan dan sejak setahun lalu saya kumpul duit untuk memiliki kereta idaman ini.

“Kumpul duit pun harus fikir soal ke depan, kerana kereta begini perlukan maintainance yang tinggi. Perlu siap sedia untuk kos servis dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi mStar.

zara zya 2

Zara berbangga dengan pencapaian peribadi miliki kereta mewah

Dalam pada itu Zara berkata, dia sedar ada segelintir pihak yang kurang senang melihatnya berbelanja besar membeli kereta mewah tersebut.

Namun, baginya apa yang dilakukan itu sebagai penghargaan buat diri sendiri setelah penat bekerja.

“Terpulanglah kepada mereka yang melihat untuk bercakap apa sekali pun.

“Tak kira apa saya buat, orang akan bercakap juga.

Bukan saya beli cash pun. Jadi tak perlulah cakap saya belanja besar untuk memiliki kereta ini

ZARA ZYA

PELAKON

“Teman-teman rapat yang tahu sasaran saya ramai mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai impian.

“Ini adalah hasil titik peluh sendiri. Satu pencapaian juga buat saya kerana boleh memiliki kereta sebegini,” jelasnya yang merupakan pengasas laman web Malaysia Prihatin.

Berkongsi kegembiraan itu di media sosial, Zara berkata, dia tidak pernah berniat untuk riyak dengan perkara itu.

Sebagai manusia biasa, dia juga mahu mengabdikan satu kenangan manis dalam hidupnya di laman sosial.

“Bukan saya beli cash pun. Jadi tak perlulah cakap saya belanja besar untuk memiliki kereta ini.

“Saya juga tidak faham kenapa ia menjadi isu apabila dikongsi di media sosial.

“Seperti yang saya katakan ini adalah satu pencapaian dalam hidup saya, jadi kenapa tidak kongsikan di media sosial,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain