suria

Penat jawab soal kahwin, Meerqeen siap bagi ceramah! - “Dekat Luh Mahfuz dah tulis siapa jodoh kita, tak payah nak laju-laju”

BAKAT bintang baharu, Meerqeen nampaknya semakin menyerlah apabila sering menjadi buruan pihak stesen televisyen untuk membintangi drama tempatan.

Selain perkembangan kerjaya, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20, sering ditanya tentang siapa gadis bertuah yang berya mencuri hati jejaka ini.

“Ramai tanya bila nak kahwin... jawapannya lambat lagi, sebab saya nak fokus dahulu dekat kerja dan meluaskan karier.

“InshaAllah kalau dah stabil nanti saya kahwin. Sebab dekat Luh Mahfuz dah tertulis siapa jodoh kita, buat apa nak laju-laju?, ” ujarnya kepada mStar.

Walau bagaimanapun, Meerqeen ada berkongsi ciri-ciri wanita idaman bersama peminatnya ketika sesi Instagram live bersama mStar.

“Ciri-ciri wanita idaman saya ialah yang suara sedap, tinggi, berambut panjang, baik dengan orang tua dan yang supportive.

“Kalau yang datang tu umur 50 tahun pun saya terima je, ” katanya berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi