suria

“Cuit sikit pun rakyat dah menggelupur!” - Uyaina Arshad pertahan nukilan ‘pedas’ tegur masyarakat langgar SOP

PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad, 29, menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik video nukilan mengenai isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Instagram.

Ujar Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia tidak berpihak kepada sesiapa sebaliknya menegur sikap masyarakat yang suka menunding jari kepada pihak lain sedangkan mereka juga melakukan kesalahan yang sama.

“Nukilan tu sebenarnya saya cakap secara umum. Menteri kita dah kecam, selebriti dah kecam, golongan kayangan pun kita dah kecam.

“Tapi apabila orang tegur sedikit dekat rakyat, semua memberontak, saya pun rakyat juga sama seperti orang lain, ” ujarnya kepada mStar.

Pada Isnin Uyaina tampil dengan satu nukilan khas di Instagram dengan mesej agar semua pihak faham bahawa isu pelanggaran SOP bukan hanya berlaku dalam kalangan selebriti dan ahli politik, tetapi juga oleh rakyat biasa.

Sementara itu menurut Uyaina, netizen terlalu mudah untuk menghukum sekiranya yang melakukan kesalahan itu terdiri daripada golongan ‘public figure’ walaupun mereka sendiri melakukan silap yang sama.

“Saya tidak menidakkan pun rasa marah mereka, kerana semua orang berhak untuk rasa sebegitu.

“Tapi hakikatnya rakyat yang buat kesalahan yang sama. Cuma public figure ni orang nampak apa yang kita buat, itu sahaja, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi