suria

Caprice berdebat dengan influencer Israel sambil zikir pegang tasbih - “Kalau korang perasan tangan saya sentiasa di bawah”

BERMULA daripada mimpi mainan tidur, penyanyi rap Caprice akhirnya nekad menjejaki beberapa personaliti media sosial warga Israel untuk menyampaikan mesej dan ilmu berkaitan Palestin.

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, sebagai selebriti dan orang yang berpengaruh di media sosial, dia mempunyai tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Strategi saya ialah... daripada nak tunggu orang-orang politik bertindak dan bersuara, ia kurang memberikan impak.

“Influncer perlu memainkan peranan... orang Yahudi pun buat benda sama, jadi kita juga ada peranan, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Caprice berkata dia terpaksa mengawal emosi ketika berhujah dengan dua individu dikenali sebagai Shiraz dan Orin.

“Kalau anda sedar tangan saya sentiasa di bawah masa live... sebenarnya saya sedang berzikir dengan tasbih.

“Kena sabar takut ternaik suara, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

caprice, influencer, Shiraz, Orin, Koyak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi