suria

Coki pasang niat beli Mercedes GLA45 untuk bapa, masa untuk balas jasa - ”Saya kerja untuk Allah dan keluarga”

SELEBRITI media sosial dan pelakon Coki mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen khususnya di Twitter selepas berkongsi foto bersama sebuah kereta Mercedes Benz jenis GLA45.

Seperti biasa, ada yang kagum malah tak kurang juga terus mengecam walaupun tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik perkongsian berkenaan.

Ujar Coki atau Muhammad Danish Daniel, 16, sebenarnya dia sedang berkira-kira untuk membeli kereta berkenaan untuk dihadiahkan kepada bapanya.

“Netizen salah faham, kereta tu saya tak beli lagi. Saya baru survey untuk dihadiahkan kepada ayah saya.

“Dia minat Mercedes, kalau Allah permudahkan urusan saya... insyaAllah saya beli, ” katanya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi