suria

Tajul insaf! Tak berani ikut petua pelik, bahayakan nyawa isteri dan anak - “Lebih baik ikut cakap doktor je”

GARA-GARA ikut petua netizen, isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza yang baharu bersalin anak kedua mengalami demam panas yang teruk.

Cerita Tajul, 23, ia bermula selepas isterinya mencari petua untuk mengurangkan penyakit kuning bayi mereka yang pada ketika itu berusia 13 hari.

“Alhamdulillah kuning pada baby dah berkurang.

“Masa hari kejadian wife dapat petua dekat Facebook, ada orang bagi petua untuk hilangkan kuning pada bayi kena minum air sengkuang Cina.

"Dia minta beli air tu dekat kedai berdekatan, so Tajul pun beli yang tak sejuk, ” katanya kepada mStar.

Namun kata Tajul dia pelik dan cemas apabila dengan tiba-tiba isterinya mengalami demam dan badan berasa sejuk.

“Isteri makin risau, dia nangis... tanya sama ada dia bentan atau kes Covid-19.

“Namun semuanya terkawal selepas saya beri dia makan bawang putih dengan nasi putih, ” katanya.

Ujar Tajul selepas kejadian tersebut, dia sudah serik untuk mencuba petua-petua lain yang diberikan kerana tidak tahu keberkesanannya.

"Takpe lah Saya dah serik tengok benda macam tu. Isteri pun dah taknak cuba mana-mana petua.

"Cukup la sekali, pengalaman. Kalau tak ada pengalaman macam mana nak belajar daripada kesilapan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi