suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau sengaja, kau ingat boleh bayar kompaun!” - Azwan Ali mengamuk keluarga Neelofa bangga ‘show off’ langgar SOP

PENGACARA dan selebriti sensasi, Azwan Ali kekal dengan pendiriannya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Neelofa.

Tegas Azwan, 55, perbuatan Neelofa yang berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk memerangi Covid-19 cukup memalukan.

"Kerana kau macam-macam peraturan baru dikeluarkan. Bangga sangat show off beraya dengan keturunan kau.

"Kau sengaja sebab kau ingat boleh bayar kompaun kan? Kau yakin tak akan dipenjarakan kan?" katanya kepada mStar.

Terdahulu, Neelofa dan ahli keluarganya menimbulkan ketegangan dalam kalangan netizen yang rata-rata sanggup berkorban tidak mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara serta menziarah kubur bagi mengekang dan memutuskan rantaian Covid-19.

Sebaliknya selebriti popular itu meraikan Aidilfitri bersama keluarganya biarpun mereka tinggal berasingan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi