suria

Yatt Hamzah tak boleh lupa cerita anak yatim di Gaza, mereka reda dan kuat semangat - “Kita yang dengar pula menangis!”

RAMAI selebriti menggunakan platfom media sosial mereka untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kekejaman rejim Zionis.

Tidak ketinggalan pelakon Yatt Hamzah yang aktif menyebarkan maklumat dan informasi penting tentang peperangan yang berlaku di Palentin dengan pengikutnya di media sosial.

Bercerita pengalaman ketika berkunjung ke Gaza dalam satu misi kemanusiaan pada 2013, Yatt atau Haryati Hamzah, 41, berkata dia tidak boleh lupakan perbualan dengan kanak-kanak di sana.

“Saya tanya di mana ibu bapa mereka. Mereka kata ada di ‘atas’.

“Ketika itu saya tak faham apa maksud mereka, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

“Rasa macam tertampar sebab mereka langsung tak tunjuk rasa sedih, saya pula yang rasa tersentuh melihat betapa kuatnya semangat anak-anak di sana, ” ujarnya kepada mStar pada sesi Instagram live.

Sementara itu Yatt juga berpesan agar pengguna media sosial menjaga tutur kata ketika menyuarakan pendapat tentang kekejaman rejim Zionis.

“Kalau boleh kita kurangkan mencarut, saya tahu semua orang beremosi tapi jangan gunakan kata-kata yang tak elok kerana itu melambangkan akhlak kita sebagai orang Islam, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi