suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas hati Neelofa tidak didakwa rentas negeri? Peguam Alan Razak kongsi hak orang awam - “Boleh buat laporan polis”

PENGAKUAN tidak bersalah oleh selebriti sensasi Neelofa dan suaminya PU Riz di Mahkamah Majistret Seremban minggu lalu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka beranggapan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, sepatutnya memudahkan proses mahkamah dengan terus mengaku bersalah kerana semestinya polis mempunyai bukti kukuh bagi dakwaan tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika merentas negeri ke Nilai baru-baru ini.

Namun sedarkah kita bahawa setiap rakyat mempunyai hak membela diri dalam proses undang-undang?

Peguam Alan Razak tampil berkongsi proses dan fungsi mahkamah bagi individu yang berdepan dakwaan undang-undang.

“Kenapa dia tak nak mengaku bersalah sedangkan orang dah tahu apa dia buat? Okey sebenarnya begini, apabila seseorang itu dipanggil ke mahkamah... yang dapat menentukan seseorang itu bersalah atau tidak hanyalah mahkamah.

“Sebagai hakim atau majistret, mereka akan menilai bukti dan keterangan yang ada di dalam mahkamah bukan berdasarkan apa yang ada dalam media sosial, ” katanya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi