suria

Bela wanita teraniaya, Nad Zainal sokong Puteri Sarah… Beri pesanan untuk mereka yang ‘hadap’ suami orang!

Nad Zainal memberi sokongan kepada sahabatnya, Puteri Sarah.

PELAKON Nad Zainal memberikan sokongan kepada rakannya iaitu Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan masalah pergolakkan rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, dia berada di pihak Puteri Sarah dan baginya aktres itu berhak untuk menyuarakan apa yang berlaku.

"Secara peribadi saya tidak terlalu mengenali dia (Puteri Sarah) mahupun suami dan individu 'ketiga' itu secara dekat. Namun, saya tetap memberikan sokongan 100 peratus kepada isteri dan ibu teraniaya.

file7luzexykiad1ivre0n88

Barisan pelakon Dendam Seorang Wanita ketika hadir pada majlis tayangan episod akhir drama itu.

"Sekiranya berkelapangan saya akan menghantar mesej kepadanya dengan memberikan kata-kata semangat dan memintanya bersabar berdepan dengan ujian," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal ‘all out’ dapat berlakon semula... Teruja masuk set selepas berkurung kerana pandemik

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya saya ganyang dia” - Puteri Sarah buat 2 tuntutan terhadap Ira Kazar di Jawi

Nad ditemui semasa majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri bersama peminat dan media yang diadakan di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis.

Nad memberi reaksi itu bagi mengulas siaran langsung (live) di Instagram antaranya dengan Puteri Sarah pada 6 Julai ini.

Sekiranya betul-betul ingin berkahwin juga dengan lelaki itu, minta dengan cara baik.

NAD ZAINAL

PELAKON

Bagaimanapun, Nad enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan Puteri Sarah kerana disifatkan terlalu peribadi dan tidak sesuai untuk diperkatakan secara peribadi.

"Saya ini orang luar, jadi tidak berani untuk masuk campur. Biarlah itu masalah rumah tangga mereka, lagipun kita sendiri mempunyai masalah masing-masing," jelasnya.

Dalam pada itu, Nad berharap wanita di luar sana harus lebih memahami perasaan wanita lain lebih-lebih yang sudah berumah tangga.

Nad beri sokongan kepada sahabatnya, Puteri Sarah.

Nad Zainal harap wanita di luar sana harus lebih memahami perasaan wanita lain lebih-lebih yang sudah berumah tangga.

"Walaupun lelaki itu memburukkan kekasih, tunang atau isteri seharusnya kita kena ingat bahawa perkara itu tidak semestinya betul. Kalau betul mungkin dia akan berubah sekiranya kita tidak campur tangan dalam hubungannya.

"Jadi kita kena ambil kira semua perkara-perkara dan bersedia untuk pergi! Kita juga tiada hak untuk mengambilnya lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sudah mempunyai anak.

"Sekiranya betul-betul ingin berkahwin juga dengan lelaki itu, minta dengan cara baik. Pergi jumpa keluarga dan mengatakan sanggup untuk menjaga anak.

"Berani untuk hadap semua itu. Mungkin ia akan ambil masa yang lama dan sukar, tetapi lakukan dengan cara yang baik-baik," tambahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain