suria

Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

Aliff dan Bella kongs kisah bahagia dalam lagu baharu.

PERNAH melalui fasa keretakan rumah tangga sebelum ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menganggap ia adalah satu pengalaman berharga buat dirinya dan suami iaitu Aliff Aziz.

Terus memperbaiki kesilapan lalu dan kini dilihat sebagai pasangan bahagia, Bella dan Aliff berkongsi perjalanan kisah mereka dalam sebuah lagu duet berjudul Tetap Di Sini.

Diberi kepercayaan untut sama menuliskan lirik lagu ini, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, meluahkan rasa gembira dan menganggap karya ini sebagai adalah satu luahan menghargai apa yang dimilikinya kini.

bella 2

Aliff dan Bella kini semakin bahagia bersama dua cahaya mata mereka.

“Saya dan Aliff sendiri diberi kesempatan untuk menulis lirik lagu ini. Perasaan kami tentunya gembira kerana lagu ini sangat dekat dengan apa yang saya rasakan sekarang.

“Lagu ini lebih kepada move-on dan jangan fikir tentang perkara yang sudah terjadi, sebaliknya lebih menghargai apa yang ada sekarang ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering ditanya bila nak berubah? Bella Astillah dah mula masuk kelas agama dan belajar mengaji... harap Aliff terus doakan dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz syukur Tuhan atur jalan terbaik, buka buku baharu anak seni - “Kisah lama buatkan saya jadi emosi”

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurnikan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, setahun.

Hubungan mereka pernah diuji sehingga menyebabkan perceraian pada 16 Mei 2019 dan kembali rujuk semula dalam tempoh edah.

Bercerita tentang proses rakaman lagu kolaborasi pertama mereka ini, kata Bella ada ketika dia dan Aliff tidak bersependapat.

Perasaan kami tentunya gembira kerana lagu ini sangat dekat dengan apa yang saya rasakan sekarang

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

Perbincangan antara suami isteri kemudiannya menjadi proses rakaman lebih mudah dan berjalan lancar.

“Ketika merakamkan lagu ini ada juga cabarannya apabila saya dan Aliff mempunyai pendapat berbeza. kami perlu berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik.

“Proses rakaman jadi lebih mudah sebab Aliff sentiasa menemani saya sehingga selesai. Lagu ini juga berentak catchy, jadi mudah untuk saya sampaikan,” ujarnya.

bella 3

Bella gembira diberi kesempatan kongsi pengalaman tulis lirik Tetap Di Sini.

Selain mereka berdua, lagu ini juga ditulis oleh Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten.

Manakala gubahan muzik pula dilakukan oleh gabungan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah mula dilancarkan di semua platform digital sejak 6 Julai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu