suria

Diversiti kunci pemilihan peserta, guru tadika dan selebriti TikTok antara 16 finalis Dewi Remaja 2022 

16 peserta pelbagai kaum dan latar belakang bakal mewarnai Dewi Remaja 2022.

PENCARIAN Dewi Remaja edisi ke-11 kini bermula dengan memperkenalkan wajah-wajah baharu dengan kepelbagaian diversiti bagi merebut gelaran juara.

Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, meskipun tiada perubahan drastik dilakukan daripada musim lalu namun pihaknya tetap mengutamakan personaliti dan pengetahuan am yang baik dalam mencari pemenang.

"Itu adalah dua perkara menjadi keutamaan kami kerana kita nak seseorang beauty with brain kerana apabila mereka bercakap, mereka ada pengisian yang boleh diketengahkan.

"Semestinya mereka perlu ada penampilan menarik kerana sebagai Dewi Remaja, itulah perkara penting untuk mereka ada sebagai pakej," katanya kepada mStar.

file7lrc18htejp65njo8fu

Dewi Remaja 2022 akan bermula pada 16 Julai ini.

Fiezreen berkata demikian pada sidang media Dewi Remaja 2022 yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann One Utama pada Khamis.

Tahun ini, Dewi Remaja 2022 memperkenalkan 16 peserta daripada pelbagai latar belakang dan kaum seperti Siti Nur Aishah Bee Md Noor, 22, yang merupakan seorang guru tadika, Kimberly Chuah, 22, (selebriti TikTok) dan Melissa Quek Ai Ying, 20, (menguasai sembilan bahasa).

ARTIKEL BERKAITAN: Diet HCG rahsia Shahz Jaszle berjaya turun 14kg dalam 23 hari, jaga penampilan untuk kekal relevan

Peserta lain yang bakal berentap bermula 16 Julai ini adalah Siti Auni Safiya Yusri, 22, Fifi Filan Tisya Mohd Zain, 20, Keeranjit Kaur Darjit Singh, 25, Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar, 18, Dina Allysha Aminudin, 21 dan Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim, 23.

Turut bertanding, Zafira Natasya Yong, 21, Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli, 24, Noor Alyssa Ahmad Azim, 20, Tracie Sinidol, 21, Nur Rasyiqah Johan, 20, Janani Baskaran, 24 dan Malle Christian Anderson Barlus, 24.

Fikry

Fikry Ibrahim bertindak sebagai hos.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Prima dan Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, program tersebut adalah salah satu platform bagi peserta untuk mengembangkan lagi bakat yang mereka miliki.

Norzeha berkata, pemilihan peserta dibuat dengan teliti dengan mengambil kira latar belakang peserta bagi mengelakkan terpalit kontroversi seperti mana pernah berlaku pada musim lalu.

"Sebenarnya kita buka ruang dan jalan untuk bsgi platform bukan sahaja kepada pemenang tetapi kesemua 16 peserta. Selebihnya itu terletak kepada peserta itu sendiri untuk push diri mereka untuk diterima penonton," katanya.

Bekas finalis Dewi Remaja tahun 1994/1995 iaitu Rozita Che Wan akan bertindak sebagai juri tetap tunggal manakala Fikry Ibrahim dipilih sebagai hos program berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain