suria

Sebulan bayi Sheera Iskandar di hospital akibat jangkitan kuman, masih fobia nak bawa anak keluar

Sheera terpaksa berjauhan dengan bayinya hampir sebulan ekoran anaknya itu dijangkiti kuman pada paru-paru.

HATI ibu mana yang tak luluh apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa dimasukkan ke hospital, dipasangkan tiub untuk bantuan oksigen dan dimasukkan ubat-ubatan.

Itu yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Sheera Iskandar apabila bayi sulungnya yang dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sheera atau Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memberitahu bayi perempuannya yang diberi nama Puteri Long Harrisaa mula mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sejak 9 Jun lalu.

285388295_4795506090559244_6111434135551898698_n

Sheera bersyukur anaknya kini sudah pulih daripada jangkitan kuman pada paru-paru.

"Selepas bersalin seperti biasa akan ada check-up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hsopital.

"Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri selepas bersalin. Apa lagi keadaannya di hospital ketika menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Diet HCG rahsia Shahz Jaszle berjaya turun 14kg dalam 23 hari, jaga penampilan untuk kekal relevan

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap riyak makan hidangan RM10,000 di restoran Salt Bae, Aeril Zafrel kata tukaran Pound Sterling buat harga jadi mahal

"Disebabkan masih bayi, pihak hospital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ubat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima rawatan sebegitu," katanya kepada mStar.

Tidak hanya itu, Sheera juga perlu memikirkan dirinya sendiri memandangkan kesihatan dan emosinya selepas bersalin masih belum stabil.

Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri selepas bersalin. Apa lagi keadaannya di hospital ketika menerima rawatan.

SHEERA ISKANDAR

PELAKON

Apabila lebih membuatkan Sheera bersedih, disebabkan masih dalam tempoh berpantang, dia terpaksa membataskan pergerakannya dan hanya dapat melihat foto anak kesayangannya itu di hospital.

"Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya boleh melihat gambar sahaja. Saya sentiasa berfikiran positif dan kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak," ujarnya.

278996403_7246541782053630_2177513674940532184_n

Sheera dan Mohd Halim berkahwin pada Mei 2021.

Sheera yang merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid mendirikan rumah tanggan dengan Mohd Halim Abdul Ghani pada 3 Mei 2021.

Sementara itu, Sheera berkata, dia bersyukur kerana bayinya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah sejak 1 Julai lalu namun mengakui masih berasa fobia untuk membawanya anaknya itu keluar selain belum bersedia membenarkan berjumpa dengan ramai orang.

"Selepas bersalin pun saya tidak berjumpa ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jangkitan paru-paru.

"Syukur anak kami semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain