suria

‘Stone Turtle’ filem bahasa Melayu pertama bertanding di Locarno, Bront Palarae pula calon pelakon terbaik

Bront tersenarai sebagai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

FILEM produksi tempatan berjudul Stone Turtle mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem bahasa Melayu pertama yang bakal bertanding dalam Festival Filem Antarabangsa Locarno ke-75.

Acara yang bakal berlangsung pada 3 hingga 13 Ogos di Switzerland itu nanti turut menyaksikan pelakon utamanya iaitu Bront Palarae tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Dalam masa sama pengarahnya iaitu Woo Ming Jin juga disenaraikan dalam kategori Pengarah Terbaik selain karya ini bertanding untuk anugerah utama, Golden Leopard.

short turtle 3

Stone Turtle menggandingan Bront dan Asmara.

Melihat pencalonan sebegini adalah satu perkembangan baik untuk industri filem negara, Bront juga meluahkan rasa teruja untuk berkongsi karya ini dengan penonton apabila ia mula ditayangkan nanti.

"Ini merupakan satu berita yang sangat baik, bukan sahaja untuk pasukan produksi filem ini tetapi juga untuk industri perfileman di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Syamsul Yusof box office lagi! ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ kutip RM47 juta dalam masa 11 hari, bakal atasi ‘Munafik 2’

"Saya amat gembira untuk pengarahnya dan tidak sabar mahu berkongsi filem ini dengan semua," katanya.

Ini merupakan satu berita yang sangat baik, bukan sahaja untuk pasukan produksi filem ini tetapi juga untuk industri perfileman di Malaysia.

BRONT PALARAE

PELAKON

Sementara itu menurut pengarahnya, tayangan di festival itu nanti merupakan yang pertama bagi filem ini dipertontonkan.

Bukan hanya mahu berkongsi dengan penggiat seni seluruh dunia, Ming Jin juga amat teruja kerana ia bakal ditayangkan di lokasi yang mempunyai kapasiti penonton seramai 8,000 orang.

"Ini merupakan tayangan perdana dunia kami, jadi saat ini juga menandakan permulaan perjalanan filem ini. Kami tidak sabar untuk menayangkan filem kami bersama pembikin-pembikin filem hebat di Locarno.

stone turtle 2

Pengarah Stone Turtle tidak sabar berkongsi karyanya dengan penggiat seni seluruh dunia.

"Saya menantikan hari apabila Stone Turtle ditayangkan di lokasi tersohor Piazza Grande di Locarno, sebuah tempat tayangan terbuka yang mempunyai kapasiti 8000 penonton," ujarnya.

Filem terbitan Greenlight Pictures memaparkan kisah kembara masa seorang wanita dan lelaki dengan lokasi di pantai timur Malaysia.

Selain Bront filem ini turut dibintangi oleh Asmara Abigail, Amerul Affendi, Maisyarah Mazlan, Samara Kenzo dan Alison Khor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain