suria

[VIDEO] Tak pegang pun! Baby Shima dituduh cari publisiti muat naik rakaman bersama anjing, tahu soal halal haram

Video Shima bersama anjing dikecam peminat kerana dianggap tidak sensitf.

SEJAK kebelakangan ini, nama Baby Shima sering terpalit dengan kontroversi dan penyanyi itu sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila memuat naik video bersama seekor anjing di laman Instagram miliknya.

Dilihat sebagai isu sensitif bagi masyarakat Islam, Shima atau Nor Ashimah Ramli, 30, menegaskan dirinya masih tahu menjaga batas malah dalam video berkenaan jelas dia tidak sedikit pun menyentuh atau memegang haiwan berkenaan.

"Saya hanya berkongsi apa yang saya suka. Ia adalah salah satu content untuk media sosial saya. Saya masih tahu jaga batas dan tidak pun peluk anjing itu dan hanya memegang talinya sahaja.

baby shima 2

Shima masih tahu sentitiviti dan batas.

"Saya juga tidak faham kenapa isu anjing ini begitu sensitif. Saya faham ia haram disentuh, namun dalam masa sama kita juga perlu ada sifat kasih sayang terhadap haiwan," katanya kepada mStar.

Menerusi ruangan komen pada video tersebut, ada juga yang mendakwa penyanyi lagu Lalai ini sengaja mencari publisiti selain menjadi salah satu tujuan pemasaran untuk meningkatkan populariti namanya.

Tidak pernah terlintas di fikiran untuk berbuat sedemikian, Shima juga sedar tidak mudah untuk dia menutup mulut-mulut orang ramai dari terus bercakap buruk tentang dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Baby Shima dikecam bergelek sakan, katanya tarian nampak seksi sebab tengah tahan kentut

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu terima gambar lucah, Baby Shima pernah terfikir untuk tutup sosial media

"Kenapa saya mahu cari publisiti dengan cara begitu? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menarik perhatian ramai atau sengaja cipta content bertujuan untuk mempromosikan diri.

"Apa sahaja yang saya buat pasti tidak kena di mata sesetengah orang. Apa boleh buat? Bukan mudah hendak tutup mulut semua orang.

Apa sahaja yang saya buat pasti tidak kena di mata sesetengah orang. Apa boleh buat? Bukan mudah hendak tutup mulut semua orang

BABY SHIMA

PENYANYI

"Bagi saya, cukuplah saya sendiri tahu menjaga apa yang patut dan apa yang tidak. Biarlah apa orang lain mahu katakan," ujarnya.

Shima juga memohon agar peminat tidak terlalu cepat menilai dirinya hanya melalui perkongsian di media sosial.

Dalam masa sama, Shima juga berterima kasih atas segala teguran dan sokongan peminat yang sentiasa prihatin terhadap dirinya.

baby shima 3

Sering dikecam, Shima mohon netizen yang terlalu cepat menilai.

"Janganlah terlalu cepat menilai seseorang. Kadang-kala apabila saya berkongsi video pendek pun ada sahaja yang bercakap buruk.

"Bagaimanapun saya berterima kasih dengan semua komen yang diberikan. Saya anggap mereka prihatin dan sayangkan saya. Teruslah menyokong kerjaya saya selepas ini," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain