suria

[VIDEO] Sedia kahwin lagi! Shila Amzah cari lelaki ada matlamat, tak mahu kaya tapi masih harap duit ibu bapa

MENGAKUI tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat dalam hidup.

"Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati. Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.

shila 2

Shila kini dalam fasa bahagia membesarkan anak dan kerjaya.

"Saya mahu mencari seorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin.

"Saya tidak mahu orang yang tiada matlamat dalam hidupnya. Jika dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bagaimana dia mahu menjaga orang lain. Saya cakap bukan sahaja dari pengalaman perkahwinan lepas, tetapi dari hubungan sebelum ini juga," katanya kepada mStar.

Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media drama Cinta Hilang Kata yang diadakan di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan pelancaran lagu duet baharunya bersama Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia yang juga dipilih sebagai OST drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Masa bercinta dulu dah tahu jalan cerita tak ‘best’, Shila Amzah tak nampak boleh kembali dengan Sharnaaz Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas 8 tahun bersengketa naik turun mahkamah, Shila Amzah akhirnya bertentang mata dengan wartawan

Mengambil pendekatan lebih terbuka, Shila juga kini tidak lagi berselindung soal peribadi dan sedia untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat.

Menurut penyanyi lagu Khilaf Asmara ini, selama lebih 22 tahun dalam industri seni, dia sudah cukup penat apabila sering kali cuba menepis kontroversi termasuklah kisah cinta.

"Kalau orang tanya saya akan jawab. Selama 22 tahun ini rasanya saya penat untuk menepis... cukuplah apa yang berlaku selama ini! Tiada lagi istilah biarlah rahsia buat saya.

Kalau anak orang kaya sekalipun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Tanyalah apa sahaja soalan, saya sudah bersedia. Tiada soalan yang membuatkan saya takut. Namun saya akan pilih peratusan keterbukaan untuk menjawab sebarang pertanyaan," ujarnya.

Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia satu tahun.

shila 1

Paduan vokal Liza dan Shila dalam lagu Bahagiakan Dia.

Shila juga dilihat sering melayan soalan peminat menerusi ruangan soal jawab di laman sosial miliknya.

Bercakap tentang kehidupan peribadi, Shila mengakui dia kini bahagia menikmati apa yang dimiliki sekarang ini.

"Soalan-soalan di media sosial memang banyak. Saya akan pilih secara rawak untuk menjawabnya.

"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan sedang melalui fasa yang best," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain