suria

[VIDEO] Baby Shima dikecam bergelek sakan, katanya tarian nampak seksi sebab tengah tahan kentut

Baby Shima dituduh sengaja cetuskan kontroversi.

APA saja yang dilakukan penyanyi Baby Shima pasti menjadi perhatian netizen termasuklah baru-baru ini tular video dia bergelek sakan di majlis rumah terbuka Aidilfitri dipercayai anjuran satu parti politik di Negeri Sembilan.

Biarpun sudah memberi penjelasan di laman sosial, namun Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tetap dituduh sengaja mahu mencetuskan kontrovesi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Baby Shima kecewa lagu-lagu raya baharu merepek, tak sedap didengar

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, tarian gelek itu bukanlah satu isu besar kerana video yang tular itu dirakam dari sisi kamera yang membeza sehingga ia dilihat gerakan seksi.

"Macam mana pula boleh kata saya yang cari kontrovesi... yang post dah kongsi video tu adalah netizen kemudian diambil oleh media.

"Bila dah keluar di blogger dan portal hiburan, saya jelaskan di laman sosial saya, sebagai seorang penyanyi takkan saya nak berdiri diam tegak sahaja.

Selagi nama manusia, ada saja tak kena. Kita terangkan macam ini, mereka pusing ke arah lain lagi

BABY SHIMA

PENYANYI

"Tambahan pula angle kamera ambil dari tepi dan zoom, jadilah isu. Padahal bagi saya tak ada isu pun dan banyak lagi yang menari lebih seksi daripada saya... lagipun sebenarnya saya nak tahan kentut, tu jadi macam itu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Shima tampil menjelaskan mengenai video dia menari gelek yang tular di laman sosial namun ruang komen di perkongsian itu dipenuhi komen negatif daripada netizen.

Rata-rata netizen menganggap penyanyi lagu Lalai itu sengaja melakukan kontroversi kerana ingin menarik perhatian orang ramai.

baby shima 2

Baby Shima malas layan komen netizen.

Dalam pada itu, Shima memberitahu dia memilih untuk tidak memberi penjelasan yang lebih lanjut lagi berhubung perkara itu kerana tetap akan dianggap salah.

"Selagi nama manusia, ada saja tak kena. Kita terangkan macam ini, mereka pusing ke arah lain lagi. Tak apa la yang penting mereka bahagia dan saya tak kacau hidup orang.

"Kadang-kadang saya malas nak beri penjelasan sebab apa saja kenyataan yang keluar, semuanya akan menjadi salah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Baby Shima, Baby Shima Gelek

Artikel Berkaitan

Artikel Lain