suria

Tergores hati baca komen netizen isu tudung, Yonnyboii hairan pasangan bercinta disanjung tapi suami isteri pula dihina

Isteri Yonnyboii, Nik Nazira tidak lagi bertudung serak Februari lalu.

KEPUTUSAN isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii iaitu Nik Nazira untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya lebih berbentuk kecaman.

Mengakui banyak menerima komen negatif, Yonnyboii, 23, berkata dia berasa hairan dengan segelintir netizen yang lebih menyanjungi pasangan bercinta manakala suami isteri yang sudah menghalalkan hubungan pula dihina.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii harap peminat tak terkejut nampak isteri tak bertudung - “Dia masih muda, saya enggan memaksa”

Kata pemilik nama Muhammad Nuriman Nor Azrin ini, kecaman dan hinaan yang dilakukan oleh netizen itu menggores hati sehingga sukar dimaafkan.

Yonnyboii

Antara status Intastory Yonnyboii.

"Dunia terbalik... couple disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?

"Mulut celupar, sesama manusia maki hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati.

"Tak tentu dimaafkan," tulis Yonny menerusi laman Instastory miliknya.

Memang satu saja dosa dalam Al-quran ke? Tak bertudung sahaja?

YONNYBOII

PENYANYI RAP

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Yonnyboii berhubung status itu gagal apabila penyanyi itu tidak membalas mesej.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Yonnyboii berharap peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.

Menurut penyanyi lagu Salahku ini, isterinya yang berusia 22 tahun itu masih dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna.

Yonnyboii

Yonnyboii baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 tahun.

Namun sehingga kini, laman sosial Yonnyboii dan Nik Nazira tetap dihujani komen netizen yang mengharapkan wanita itu kembali dengan imej bertudung.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan sanggup menggadaikan diri hanya untuk mendapat dosa.

"Duduk cakap fasal dosa ini, yang kutuk-kutuk tu terima kasih la beri pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa," katanya.

Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain