suria

Afieq Shazwan syukur dapat beli kereta baharu, tak perlu mewah, hanya untuk keselesaan ibu

Afieq teruja bawa ibu jalan-jalan naik kereta baharu.

TAK perlu kereta mewah, cukup untuk keselesaan ibu, itu yang diluahkan penyanyi Afieq Shazwan apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, berkata, sudah lama menyimpan impian membeli kereta baharu daripada hasil titik peluhnya sebagai penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan alami tekanan darah rendah, jatuh pengsan semasa sahur... Muka cedera terhentak objek keras

Menganggap semua orang mempunyai kereta idaman, Afieq berkata dia hanya memilih kenderaan mengikut kesesuaian imej dirinya.

Saya memang dah lama simpan hasrat untuk beli kereta baru.

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

"Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya dan ibu. Saya memang dah lama simpan hasrat untuk beli kereta baru. Ikutkan memang boleh saja pakai kereta yang selalu saya guna.

"Tapi memikirkan untuk keselesaan ibu dan kegunaan ibu, saya rasa dah tiba masa untuk beli kereta baru. Sekurang-kurangnya kereta saya sebelum ini ibu boleh guna untuk pergi pasar.

"Semua orang mempunyai impian untuk miliki kereta mewah tapi bagi saya, ini sudah mencukupi. Sesuai dengan imej dan penampilan saya," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi lagu Layu Di Hujung Mekar itu berkongsi foto bersama ibu dan kereta baharu yang dianggarkan berharga RM125,000.

Afieq Shazwan

Afieq beli kereta baharu hasil duit simpanannya.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan turut memuat beberapa keping gambar di samping ibu tercinta.

Dalam pada itu, Afieq turut meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa ibunya berjalan-jalan di Cameron Highland dengan menaiki kereta baharunya itu.

"Sebaik saja ambil kereta baru semalam, saya terus ajak ibu berjalan-jalan di Cameron Highland. Kami pun tinggal berdua saja, kebetulan ada masa cuti boleh la bawa dia bercuti.

"Kesian juga dia duduk rumah saja. Saya pun selalu ada kerja dekat luar. Jadi, ada masa ini saya bawa la dia berjalan-jalan dengan menaiki kereta baru," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain