suria

Han Byul tolak jadi artis Kpop, tetap balik Malaysia biarpun ada peminat serata dunia

Han Byul pilih Malaysia sebagai rumah kedua.

SEDEKAD bergelar artis, penyanyi asal Korea, Han Byul mengakui tetap memilih Malaysia sebagai rumah kedua selepas dia bergelar juara Big Stage 2019.

Biarpun menerima sokongan di serata dunia, Han Byul berkata, hatinya mahu kembali ke Malaysia dan mengembangkan kerjaya seni di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul hormati bulan Ramadan, elak makan minum depan kawan Muslim... Bukan senang tahan lapar dan dahaga

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kurang senang Neeta Manisha peluk Han Byul di pentas Big Stage

“Kerjaya seni saya sudah bermula sejak 10 tahun lalu dan saya dalam persiapan untuk memperkenalkan diri sebagai salah satu ahli kumpulan K-pop, Led Apple dengan sebuah syarikat rakaman di Korea Selatan.

Walaupun peminat saya di serata dunia, hati saya tetap pada peminat di Malaysia

HAN BYUL

PENYANYI

“Namun selepas mencuba nasib di pertandingan Big Stage 2019, perjalanan saya berubah dan kini Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya.

“Walaupun peminat saya di serata dunia, hati saya tetap pada peminat di Malaysia,” ujarnya kepada mStar.

Dua tahun menyepi akibat Covid-19, Han Byul muncul dengan single keduanya berjudul Bukan Milikmu hasil ciptaan penyanyi terkenal Hazama dan komposer Omar K.

Menurutnya, idea bekerjasama tercetus ketika dia dan Hazama menjalani penggambaran telemovie pada Mei lalu.

Tambahnya lagi, lagu ini sudah sap dirakam pada tahun lalu namun tertunda akibat pandemik Covid-19.

“Sebenarnya idea di sebalik pembikinan lagu ini tercetus ketika Hazama dan saya sedang melakukan penggambaran sebuah telemovie pada bulan Mei tahun lepas.

han byul

Han Byul muncul dengan lagu baharu Bukan Milikmu.

“Dia ada menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu, dan setelah mendengar beberapa demo, hati saya terus terpaut pada ciptaan bertajuk Bukan Milikmu,

“Lagu ini telah pun saya rakamkan pada tahun lepas, namun kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membantutkan segala aktiviti termasuklah cabang seni, dan segala perancangan terpaksa ditunda.

“Selain itu, lagu ini tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan, hanya sejam sahaja, manakala proses adunan dan mastering pula memakan masa selama 2 minggu,” jelas pemilik nama sebenar Jang Han-Byul

Sementara itu, apa yang menarik, Han Byul berkata, lagu berkenaan menyelitkan beberapa bait lirik dalam bahasa Korea bagi menambahkan feel terhadap karya ini.

“Bukan Milikmu adalah sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang keinginan seorang lelaki yang mendambakan cinta daripada kekasihnya yang merupakan segala-segalanya bagi dirinya, namun perasaan itu diracuni oleh pelbagai emosi yang yang menyakitkan.

“Jika pendengar amati, lagu balada dalam nuansa teatrikal ini sarat dengan elemen muzik seperti ‘OST ala drama Korea’ yang pasti menggamit perasaan disulami pula dengan susunan muziknya yang membuai perasaan,” ujarnya.

Lagu Bukan Milikmu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain