suria

Ziana Zain tak berani tutup pintu hati, takut ada jodoh di masa hadapan

Ziana mohon doa agar Allah berikan yang terbaik dalam hidupnya.

EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya fokus membesarkan anak-anak dan kerjaya sebagai penyanyi.

Memohon doa agar diberikan yang terbaik, Ziana bagaimanapun enggan mengatakan hatinya sudah tertutup untuk mencari teman hidup kerana tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

"Carikan la untuk kita... sebenarnya saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi dan kakak. Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu.

"Saya tak berani cakap (tutup hati), sebab di masa hadapan kita tak tahu. Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kerap diserang gastrik hingga sukar bernafas, Ziana Zain akhirnya selamat jalani pembedahan bariatrik

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain jaga ‘exclusivity’... tak perlu cipta kontroversi untuk viral - “Kenapa nak pening fikir komen orang, bak kata Diva AA... why bother?”

"Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa... Wallahualam. Yang penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat," katanya kepada mStar.

Ziana Zain

Ziana tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.

Penyanyi berusia 54 tahun itu ditemui ketika sidang media The Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya tak berani cakap (tutup hati), sebab di masa hadapan kita tak tahu.

ZIANA ZAIN

PENYANYI

Ziana dan Anuar bakal bergabung bagi menjayakan sebuah konsert di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 6 Ogos depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini memberitahu dia tidak pernah menerima mesej peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.

Menurut kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini, dia tidak gemar melayan mesej atau komen yang dianggap mengarut kerana bimbang ia boleh memburukkan keadaan.

Anuar dan Ziana akhirnya disatukan dalam sebuah konsert yang akan diadakan pada 6 Ogos depan.

Anuar dan Ziana pertama kali bergandingan dalam sebuah konsert.

"Tak ada pun peminat tawar diri, sebab benda-benda macam ini saya tak layan. Kadang-kadang bila kita layan benda mengarut ini akan jadi berpanjangan jadi benda tak baik.

"Jadi lebih baik kita diamkan saja dan tengok yang baik-baik saja barulah saya reply," ujarnya.

Untuk rekod, Ziana pernah berkahwin dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.

Namun rumah tangga mereka berakhir apabila Ziana dan Armin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain