suria

Yonnyboii harap peminat tak terkejut nampak isteri tak bertudung - “Dia masih muda, saya enggan memaksa”

Yonnyboii minta peminat tak terkejut jika melihat dia bersama wanita tidak bertudung.

ENGGAN timbul salah sangka, penyanyi Yonnyboii berharap peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, dalam keadaan tidak bertudung di tempat awam.

Menurut Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, isterinya masih lagi dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna.

"Isteri saya bertudung casually. Dia memang masih belum bertudung penuh dan sedang belajar lagi. Kebiasaannya apabila keluar berdua dia lebih selesa tidak mengenakan hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii bukan perampas! Minta bekas kekasih tunang ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan bertunang, Yonnyboii dah jadi suami orang! Nikah dalam majlis kecil hanya dihadiri keluarga

"Ikut pada situasi kalau dia nak pakai... lagi pun isteri masih muda jadi saya enggan memaksanya dan kami juga sama-sama belajar untuk memperbaiki diri.

"Cuma sepanjang tempoh ini isteri belum tunjukkan imej tanpa tudung di laman sosialnya, kalau dekat luar orang nampak tak apa la," katanya kepada mStar.

yonnyboii 1

Yonnyboii beri peluang isteri memilih keselesaan penampilannya.

Penyanyi lagu Sakit ini ditemui ketika Majlis Penganugerah Muzik 2021 Joox yang dianjurkan oleh aplikasi penstriman berkenaan di Menara Kens, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam anugerah tersebut, Yonnyboii memenangi kategori Top 5 Hit Lokal menerusi lagu Tak Sangka bersama Zynakal dan Asyraf Nasir.

Saya sudah tiga tahun dalam industri dan sudah lali berdepan dengan kritikan netizen

YONNYBOII

PENYANYI

Dia dilihat hadir bersama isterinya yang tidak mengenakan tudung, berbeza dengan penampilan di laman Instagram.

Menyedari pasti akan ada kecaman daripada netizen, Yonnyboii berkata dia sudah berbincang dengan isteri jika penampilan itu diketahui peminat.

yonnyboii 2

Yonnyboii beri sokongan kepada isteri dalam apa jua perkara.

"Saya sudah tiga tahun dalam industri dan sudah lali berdepan dengan kritikan netizen... kecaman itu biasalah.

"Pengalaman ini sudah pun saya kongsikan dengan isteri supaya dia tidak terkejut apabila perkara itu disedari umum," ujarnya.

Untuk rekod, Yonnyboii dan Nazira berkahwin di Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain