suria

Dua hari demam, Luqman Faiz positif Covid-19... Bimbang jangkiti ibu

Luqman Faiz alami demam yang teruk selama dua hari.

MULA berasa sakit tekak pada Isnin, penyanyi Luqman Faiz memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 selepas dua kali melakukan ujian calitan.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz berkata dia mengalami demam yang teruk selama dua hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz lepaskan kesedihan putus cinta di gim - “Kami masih berhubung... bercinta balik tak mungkin!”

Penyanyi berusia 22 tahun ini bersyukur keadaan dirinya semakin baik pada hari ketiga dijangkiti virus tersebut.

Hari Selasa dan Rabu saya alami demam yang sangat teruk.

LUQMAN FAIZ

PENYANYI

"Saya mula sakit tekak pada Isnin lalu. Bila dah ada simptom, saya terus beritahu keluarga. Malam Isnin, saya buat saliva test, memang positif.

"Untuk lebih kepastian, keesokkan hari saya buat RTK test di klinik dan keputusan positif. Hari Selasa dan Rabu saya alami demam yang sangat teruk.

"Dua hari demam itu, saya hanya terlantar saja dalam bilik. Memang tak larat nak bangun. Alhamdulillah, sekarang dah okay," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi lagi Kepuraanmu itu berkongsi keadaan dirinya yang menjalani kuarantin hari kedua menerusi laman Instastory miliknya.

Luqman 2

Luqman bersyukur ibunya tidak dijangkiti Covid-19.

Dalam pada itu, Luqman melahirkan rasa syukur apabila semua ahli keluarganya termasuklah ibu bapa tidak dijangkiti Covid-19.

"Alhamdulillah, ibu bapa dan dua adik-beradik saya tidak dijangkiti virus tersebut. Ikutkan saya paling risau ibu saya.

"Sebab saya selalu luangkan masa dengan dia. Alhamdulillah, keputusan ujian calitan keluarga saya semuanya negatif.

"Saya kuarantin seorang dalam bilik. Ikut status MySejahtera, saya kuarantin tujuh hari. Tak pernah saya duduk dalam bilik lama macam ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain