suria

Khai Bahar menang dua kategori ‘Joox Top Music Awards Malaysia 2021’, dua tahun kekal sebagai artis tempatan popular

Khai Bahar menang dua kategori.

PENYANYI Khai Bahar mengungguli majlis penganugerahan Joox Top Music Awards Malaysia 2021 apabila membawa pulang dua kategori tahun ini.

Khai menggenggam anugerah kategori Top 5 Hit: Lokal menerusi lagu Sengsara dan kategori utama Top 5 Artis: Lokal selama dua tahun berturut-turut.

Bersyukur di atas kemenangan tersebut, Khai, 27, berkata pencapaian itu diraih atas sokongan peminat yang tidak henti mengundi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmi Sazli tewas, Isa Isarb Youtubrity Terbaik Malaysia 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati Janna Nick menang ABPBH34, undi 86 juta jadi tanda tanya

"Kalau nak ikutkan calon-calon yang ada semua hebat-hebat, agak mengejutkan saya dan terima kasih kepada mereka yang mengundi.

"Alhamdulillah mereka bersungguh-sungguh mengundi bagi memastikan saya terus memenangi pertandingan ini," katanya kepada mStar.

joox 3

Khai ucap terima kasih pada peminat yang mengundi.

Penyanyi lagu Nafas Cinta ini ditemui selepas majlis penganugerahan tersebut yang diadakan di Menara Ken, Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut memenangi kategori Top 5 Artis: Lokal bersama Khai Bahar ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ukays, Haqiem Rusli dan XPDC.

joox 2

Siti Nurhaliza (kiri) dan Ukays turut memenangi kategori Top 5 Artis: Lokal.

Sementara itu, Tajul dan Afieq Shazwan pula memenangi Anugerah Top 5 Hit: Lokal dan Top 3 Karaoke: Trending Hits menerusi lagu berjudul Malam Semakin Dingin.

Untuk kategori Top 5 Artis: Antarabangsa pula dimenangi oleh Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, Ariana Grande dan Bruno Mars.

Lima lagu tempatan yang menerima undian tertinggi melayakkan kemenangan kategori Top 5 Hit: Lokal ialah Malam Semakin Dingin nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan, Tak Sangka (Yonnyboii, Zynakal, Asyraf Nasir), Sengsara (Khai Bahar), Berani (Dolla) dan Nang (Iman Troye).

Undian untuk enam kategori ini dibuka selama 19 minggu dan menerima hampir 35 juta undian daripada pengguna aplikasi Joox.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain