suria

Fizz Fairuz positif Covid-19, kuarantin 7 hari... Geli hati anak-anak ketuk pintu bilik, lari selepas bagi salam

Fizz Fairuz positif Covid-19.

DUA tahun bertahan, pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan dirinya akhirnya dijangkiti virus Covid-19 pada Khamis.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, dia disahkan positif selepas enam hari menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz risaukan Almy Nadia... susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit sejak hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz jadi paranoid, risau bawa balik virus - “Selagi kes tak turun, tak nak keluar rumah... harap orang ramai ambil vaksin

“Selama dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan tapi akhirnya tewas juga, hari ini.. hari ini aku disahkan positif Covid-19.

“Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pula... sebelum ini jumpa kawan-kawan kan, so kena inform juga, tak nak selfish.

“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat je, selepas enam hari positif,” ujarnya suami kepada pelakon Datin Almy Nadia.

Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom dan bersyukur isteri dan empat orang anaknya tidak dijangkiti virus berkenaan.

Screen Shot 2022-02-18 at 12.18.14 AMFizz Fairuz positif Covid-19.

Dia juga meminta sesiapa yang ada bertemu dengannya membuat ujian calitan terutama yang mengalami simptom Covid-19.

“Varian sekarang tiada simptom tahu-tahu dah positif. Kita jaga tapi nak kena nasiblah. Pengajarannya aku tumpas selepas dua tahun bertahan.

“Tapi Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif.

“Kesian isteri saya kena jaga anak empat orang selama tujuh hari. Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari, cute sangat,” ujarnya.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11, dan Nur Afrina Aisyah yang baru berusia dua bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain