suria

Fizz Fairuz risaukan Almy Nadia... susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit sejak hamil - “Saya kena jaga betul-betul”

Fizz berjanji akan memantau perkembangan kehamilan isterinya, Almy Nadia.

SAMBUTAN Hari Bapa pada tahun ini lebih bermakna buat pelakon Datuk Fizz Fairuz apabila dihadiahkan dengan berita gembira tentang kehamilan isterinya Datin Almy Nadia.

Menurut Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 42, Almy kini disahkan hamil 15 minggu selepas melakukan dua kali ujian kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN:Fizz Fairuz cadang peniaga ‘lockdown’ dua minggu, bantu frontliners putuskan rantaian Covid-19

"Almy buat ujian itu menggunakan alat kehamilan berbeza tapi bukan bermaksud anak kembar. Hanya dua kali periksa bagi mendapatkan kepastian.

"Alhamdulillah murah rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah hamil dalam usia 15 minggu. Ada yang cakap rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan macam-macam lagilah.

Steak merupakan antara menu yang menjadi permintaan Almy sewaktu hamil anak keempat kali ini.

"Saya menerima rezeki ini dengan berlapang dada. Moga semuanya dipermudahkan untuk isteri saya," ujarnya kepada mStar.

Seperti sebelum ini, Fizz berkata dia masih berharap untuk mendapatkan cahaya mata lelaki namun tidak meletakkan harapan yang tinggi selain hanya berserah kepada Allah.

"Kalau boleh memang la nak anak lelaki sebab yang ada semua heroin... tapi tak meletak harapan, apa yang diberikan kami terima saja.

Dia punya mengidam kali ni pun agak mencabar... dia nak makan steak je.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Sementara itu bercerita mengenai pengalaman menjaga isteri hamil, pelakon filem Munafik ini berkata buat masa ini Almy atau nana penuhnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mengalami alahan yang teruk.

"Almy tak berapa okey, alahan dia sangat teruk. Kasihan muka dia naik arlegik, susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia punya mengidam kali ni pun agak mencabar... dia nak makan steak je," katanya lagi.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Tambah Fizz lagi, dia akan memberi lebih tumpuan dan memantau perkembangan kehamilan isterinya memandangkan Almy pernah beberapa kali mengalami keguguran.

"Saya kena jaga betul-betul malah doktor turut pantau dia setiap minggu... apa-apa yang tak kena je kena terus ke hospital.

"Baru-baru ni dia salah makan, habis muka naik alergi. Terus saya bawak ke hospital, risau la juga," ujarnya.

Fizz berkahwin dengan Almy Nadia pada 26 April 2014 dan pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain