suria

Netizen naik meluat tengok Aeril Zafrel manjakan Wawa Zainal, tunjuk mewah - “Tapi orang lain pun buat benda sama”

Aeril anggap perkongsiannya di laman sosial tidak keterlaluan.

KEMANJAAN dan kemewahan yang dipamerkan pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nampaknya tidak disenangi segelintir pengguna media sosial hingga ada yang sanggup meninggalkan komen-komen negatif.

Walaupun sudah biasa berdepan kecaman, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata sebagai manusia hatinya turut terkesan dengan tindakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya Wawa Zainal pernah menyesal kahwin dengan Aeril Zafrel - “Kami bergaduh, saya cakap... aku tak nak dekat kau!”

"Sudah tentu sebagai seorang manusia, ada rasa geram dengan komen begitu. Tapi bagi saya, apa yang dikongsikan di laman sosial itu tidak la keterlaluan sangat.

Aeril kongsi paparan skrin komen individu tersebut.

"Tapi apa yang saya buat dengan isteri... ramai orang lain di Malaysia pun buat benda sama. Cumanya kami berstatus selebriti, kadang-kadang orang nampak macam kami menunjuk-nunjuk.

"Tapi benda itu perkara biasa apabila suami dengan isteri, bermain dengan anak-anak dan beli barang untuk isteri. Instagram ini pun seperti album.

Manjakan isteri itu merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pasangan yang dah berkahwin.

AERIL ZAFREL

PELAKON

"Tapi kalau ada yang bersangka buruk seperti itu... tak boleh buat apa. Kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang tak suka," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Aeril diminta mengulas mengenai komen seorang netizen yang menuduhnya terlalu manjakan isteri dan gemar berkongsi kemewahan di laman sosial sehingga dianggap seperti riyak.

Menerusi paparan skrin komen yang dikongsikan Aeril pada 11 Jun lalu, individu tersebut turut mengakui dirinya bukan peminat aktor tersebut.

Aeril dan Wawa mempunyai tiga orang anak.

Sebelum ini, Aeril turut berkongsi video dia membuat kejutan hari lahir isterinya yang ke-29 pada 24 Mac lalu dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.

Dalam pada itu, pelakon filem Sabda Kekasih ini menegaskan kemesraan dan layanan manja itu merupakan perkara biasa yang dilakukan pasangan suami isteri.

"Manjakan isteri itu merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pasangan yang dah berkahwin. Sebenarnya apabila di rumah, saya yang manja," ujarnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 serta Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain