suria

Cham bongkar cerita di sebalik kontroversi VE, dakwa Zaf berlagak ketua! - “Menyampah... asyik kena ikut cakap dia sahaja”

Cham, Adeeb, Hakim, dan Fakhiz undur diri daripada VE.

PENYANYI Cham meluahkan rasa kecewa dengan tindakan rakannya iaitu Zafri Nazaruddin atau Zaf yang meminta dia tidak lagi menggunakan nama VE selepas tamat pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini.

Cham atau Charma Adizalilullah Khalil mendedahkan, penyertaan VE menerusi GV9 sebenarnya adalah idea Zaf malah pernah memujuknya berulang kali meskipun pada awalnya dia enggan menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

"Ikutkan saya tidak mahu masuk mana-mana pertandingan tapi Zaf pujuk saya berulang kali untuk menyertai GV9 sehingga akhirnya saya bersetuju," katanya kepada mStar.

Cham membuka cerita tersebut pada sidang media tergempar yang diadakan di Petaling Jaya pada Isnin selepas mengumumkan dia bersama tiga lagi anggota VE iaitu Adeeb Nahar, Fakhiz dan Luqman Hakim mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.

Adeeb, Cham, Fakhiz dan Hakim mewakili VE bertanding di GV9.

Ia ekoran permintaan Zaf yang mahu mereka semua tidak lagi menggunakan nama VE selepas selesai pertandingan GV9.

Malah Zaf sebagai seorang anggota lama VE turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dipinggirkan sepanjang mereka bertanding selain tidak tahu menahu perkembangan termasuk pengambilan ahli baharu kumpulan tersebut iaitu Fakhiz.

Untuk rekod, anngota asal VE adalah Zafri Nazaruddin (Zaf), Abdullah Ahmad (Lah), Shahrin Azmir (Shah), Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi ‘racun’, 4 anggota kumpulan VE ambil keputusan undur diri

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah selesai GV9, Zaf minta jangan guna lagi nama VE... Kesal dipinggirkan sebagai ketua kumpulan

Bagaimanapun tahun lalu, kumpulan itu kembali dengan barisan baharu iaitu Zaf, Cham, Adeep Nahar dan Luqman Hakim selepas Damien, Shah dan Lah tidak lagi bersama mereka.

Bercerita lanjut mengenai kontroversi melanda mereka, Cham mendakwa Zaf menarik diri sehari sebelum sesi fotografi GV9 malah turut meminta mereka semua membatalkan penyertaan dalam program tersebut.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan terpaksa meneruskan tanpa kehadiran Zaf.

Saya tidak mahu masuk mana-mana pertandingan tapi Zaf pujuk saya berulang kali untuk menyertai GV9.

CHAM

PENYANYI

"Sehari sebelum sesi fotografi GV9, Zaf menghantar mesej meminta maaf tidak dapat menyertai program itu malah minta kami semua tak masuk kerana menganggap masih belum bersedia.

"Kami ada berjumpa dan dia beri alasan sama... tapi kami dah tanda tangan perjanjian, tak akan pula nak tarik diri, malu kami dengan pihak Astro nanti," jelasnya.

Dalam pada itu, Cham berkata, Zaf sendiri menyerahkan semua tugas berhubung GV9 kepadanya namun mempertikaikan apabila saya tidak memberi sebarang perkembangan kepadanya.

Adeeb, Cham, Hakim dan Fakhiz undur diri dari VE.

Disebabkan perkara remeh itu, Cham mengakui mula berasa tidak selesa dengan tingkah laku Zaf yang didakwa sentiasa berlagak seperti seorang ketua sehinggakan sebarang keputusan tanpa pengetahuannya boleh menyebabkan mereka bermasam muka.

"Masa itu saya dah mula rasa menyampah... sebab asyik kena ikut cakap dia sahaja. Sebelum ini pun kena ikut dari segi pemilihan lagu malah pakaian! Dia anggap diri dia ketua kumpulan dan kami tak boleh buat keputusan sendiri dan semua kena ikut telunjuknya," tambahnya.

Menjelaskan isu terpinggir dibangkitkan Zaf, Cham menjelaskan ia berlaku selepas mereka membuat grup WhatsApp khas untuk GV9 tanpanya bagi memudahkan perbincangan di antara mereka tentang pertandingan tersebut.

IMG_0922

Tahun lalu VE tampil berempat iaitu Zaf, Hakim, Adeeb dan Cham.

Cham berkata, dia merasakan tiada keperluan Zaf berada dalam grup sembang itu memandangkan dia tidak menarik diri daripada menyertai GV9.

"Kami tak masukkan dia sebab dia tak terlibat dalam GV9, bila kami berbual di sini, dia ingat kami membelakangi dia tapi sebenarnya kami semua sangat sibuk dengan pertandingan.

"Mungkin kerana itu dia terasa hati kami tak update apa-apa padanya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain