suria

Alieff Irfan tunjuk wajah anak kembar, Instagram Aydeen dan Ayla sudah ada 150,000 pengikut

Alieff Irfan kongsi wajah anak kembar kepada peminat.

SELEPAS tiga bulan bergelar bapa, personaliti media sosial iaitu Alieff Ifran akhirnya mendedahkan wajah anak kembarnya untuk tatapan peminat di media sosial.

Alieff atau Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, berkongsi foto anak-anaknya yang diberi nama Ayden Maleeq dan Ayla Malaiqa ketika mengadakan majlis akikah pasangan kembar itu di kampung halamannya di Kelantan.

"Keluarga bahagia saya," tulisnya ringkas menerusi hantaran di laman sosial miliknya.

Sementara itu, gambar Ayden dan Ayla turut dimuat naik di Instagram mereka iaitu @twins_aylaayden yang kini sudah pun mempunyai lebih daripada 150,000 pengikut.

WhatsApp Image 2022-12-06 at 7.03.06 AM

Alieff dan Bella tidak lagi merahsiakan wajah anak kembar mereka.

Menerusi akaun yang dikendalikan Alieff dan isteri, Bella atau Nur Nabilah Aliah, 26, pasangan ini memberitahu tidak menyangka bayi mereka kini sudah berusia tiga bulan selain berat badan pasangan kembar itu sudah mencecah lima kilogram.

"Alhamdulillah, Ayla Medina dan Ayden Maleeq sudah berusia tiga bulan... sekejap sahaja masa berlalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya dah ada anak, Alieff Irfan dan isteri belum sedia dedah wajah bayi kembar... "Tunggu besar sikit"

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil kerja keras 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta

"Dulu masa baru lahir tak cukup bulan dan mereka kecil sangat. Sekarang berat sudah hampir lima kilogram," katanya.

Dalam pada itu, Alieff dan Bella turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan zuriat dan berdoa agar anak kembar mereka membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

"Terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan kepada kami suami isteri. Semoga Ayden Maleeq dan Ayla Medina menjadi anak yang soleh dan solehah.

WhatsApp Image 2022-12-06 at 7.03.04 AM

Ayden Maleeq dan Ayla Medina.

"Semoga Ayla dan Ayden membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan daripada fitnah," ujarnya.

Sebelum ini, Alieff memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak-anaknya di media sosial kerana enggan pasangan kembar itu terpalit dengan komen negatif netizen.

Untuk rekod, Alieff dan Bella berkahwin pada 14 Februari 2020 di Segamat, Johor.

Bella melahirkan anak kembar mereka pada 31 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain