suria

Enot jatuh bilik air, kaki patah dan lutut retak... anggap kejadian ‘pengenalan’ di rumah baharu

Enot menerima rawatan di hospital selepas terjatuh dalam bilik air.

PELAKON Enot terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya pada petang Isnin.

Enot atau Alliza Abdullah, 44, berkata, pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.

"Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.

enot 2

Enot berkemungkinan terpaksa menjalani pembedahan jika sakit berterusan.

"Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans," katanya ketika dihubungi mStar.

Enot sebelum itu turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.

Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik melampau punca Mia Sara masuk hospital, disahkan hidap anxiety

ARTIKEL BERKAITAN: “Suhu badan naik tiba-tiba”- Pertama kali masuk hospital, Mimi Lana serba salah tidak dapat ke set penggambaran

Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.

"Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah.

"Selepas dirawat saya sendiei minta untuk balik rumah... lebih sneang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan," katanya.

Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama

ENOT

PELAKON

Sementara itu, Enot turut memaklumkan sudah berpindah ke Melaka sejak beberapa minggu lalu untuk mencari angin baharu dalam perniagaan.

Meskipun tinggal di luar Kuala Lumpur, Enot memberitahu tetap aktif dalam bidang seni dan sedia menerima tawaran berlakon sekiranya ada.

"Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.

enot 3

Enot kini menetap di Melaka.

"Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur... bukan jatuh sangat.

"Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain