suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jun Lojong tidak tercalon FFM35, Nam Ron pesan hormat keputusan juri... “Dia tetap menang“

Nam Ron bangga lakonan isteri mendapat perhatian ramai.

PELAKON Nam Ron berlapang dada apabila isterinya, aktres Jun Lojong tidak mendapat pencalonan sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35.

Bagi Nam Ron, keutamaan sebagai pelakon adalah untuk menonjolkan bakat dan berkongsi rasa kepada penonton dan bukan hanya mendapat pencalonan anugerah.

"Walaupun tak tercalon di FFM35, dia tetap menang di hati saya. Berdasarkan pengalaman saya, anugerah diraikan sehari dua, selepas itu akan dilupakan.

Nam Ron hargai sokongan peminat. 

"Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan seni dan ruang untuk berkarya," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Nam Ron berkongsi perkara tersebut selepas nama Jun tidak mendapat pencalonan di FFM35 menerusi lakonannya membawakan watak Maria Hadi dalam filem Polong.

Pelakon ini turut meluahkan penghargaan atas sokongan ramai yang mempersoalkan nama Jun tidak tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dikritik, Nam Ron okey saja tapi bengang Beto Kusyairy kena kecam... “Saya marah dan sakit hati bila idola diganggu“ 

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tak terpanggil untuk tengok” - Nam Ron akur sambutan ‘Terbang‘ hambar, penonton kurang minat genre biopik

"Di media sosial banyak juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak dicalonkan. Tragedi Oktober, daylight robbery, pemenang di hati kami dan macam-macam lagi kenyataan yang keluar.

"Terima kasih kepada yang menghargai bakatnya. Sokongan anda semua sudah cukup bagi kami kerana itu adalah hadiah kemenangan tanpa bertanding," luahnya.

Nam Ron dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar menghormati keputusan juri dalam memilih lima calon akhir kategori berkenaan.

Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM35. 

"Calon-calon dalam top 5 pun bukan calang-calang hebatnya. Tahniah buat semua yang tercalon.

"Tolong hormati pemilihan dibuat oleh juri profesional. Mereka lebih arif untuk menentukan siapa yang layak," ujarnya.

Menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, lima calon yang tersenarai adalah Zarra Zhaff menerusi filem Khadam, Datin Sofea Jane (Malam Terlarang), Sara Ali (Libang Libu), Pearly Chua (Mother Bhumi) dan Azira Shafinaz (Tarung: Unforgiven).

Malam kemuncak FFM35 bakal berlangsung pada 21 November.

Artikel Lain