suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadie Elfardie dibimbing ibu bina keyakinan menyanyi, jaga suara ikut petua arwah bapa

Hadie akui bimbang dengan kerjaya seninya.

SEAKAN memberi nafas baharu dalam perjalanan seninya, penyanyi Hadie Elfardie tampil dengan single sulung berjudul Dusta Sebuah Cinta bagi mengubati rindu peminat.

Hadie, 18, bagaimanapun mengakui timbul perasaan bimbang mengenai perjalanan kerjaya seni yang dilihat agak perlahan, terutama apabila mengambil masa untuk menghasilkan lagu baharu buat peminat.

Katanya, dia sedar bukan mudah untuk mengembalikan semula populariti yang pernah dikecapi namun tetap berusaha mencari kelainan bagi memastikan namanya terus relevan.

Dusta Sebuah Cinta buah tangan Hadie untuk peminat.

“Kadang-kadang, ada juga perasaan risau. Tetapi saya cuba melakukan sesuatu yang baharu kerana kalau mahu mengangkat semula perkara lama, ia bukan sesuatu yang mudah.

“Kita perlu terus mencuba walau apa pun yang berlaku. Saya risau juga kalau lama-kelamaan semakin tenggelam.

“Insya-Allah, dengan adanya single Dusta Sebuah Cinta ini, saya berharap dapat membina semula kerjaya seni secara perlahan-lahan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Jangan datang depan-depan, takut terkejut” - Hadie mimpi arwah Suhaimi Saad muncul bagi teguran

ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim bangga Hadie tamat pengajian, tak halang anak teruskan bidang seni

Berkongsi mengenai lagu berkenaan, Hadie berkata dia mengambil masa kira-kira lima bulan untuk mendalami dan menjiwai Dusta Sebuah Cinta sebelum ia dilancarkan.

Sebagai pendatang baharu, dia mengakui berdepan masalah kurang keyakinan diri ketika proses rakaman memandangkan sebelum ini banyak dibimbing oleh Allahyarham bapanya, Suhaimi Saad.

“Pada awalnya, memang saya kurang keyakinan dan tidak berapa berani. Sebelum ini, ada orang yang membimbing saya. Arwah ayah selalu membantu dari segi tempo, penjagaan suara dan lenggok nyanyian.

Rehat yang cukup sangat penting untuk memastikan suara sentiasa terjaga

HADIE ELFARDIE

PENYANYI

“Tetapi sekarang, saya banyak bersendirian dan di situlah timbul perasaan ragu-ragu serta takut kerana tiada orang yang mengingatkan atau membimbing saya,” kongsinya.

Bagaimanapun, Hadie bersyukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Ina Naim, sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat bagi membantunya membina keyakinan diri.

Malah, dia turut merujuk kepada ibunya untuk mengetahui cara arwah bapa mendalami sesebuah lagu, sekali gus menjadikannya panduan dalam perjalanan seni.

“Saya tanya ibu bagaimana cara ayah mendalami lagu sebelum ini. Ibu banyak mengingatkan saya supaya meluangkan masa bersendirian untuk lebih mengenali diri sendiri,” ujarnya.

Hadie ambil masa lima bulan jiwa Dusta Sebuah Cinta.

Dalam pada itu, Hadie turut berkongsi amalan penjagaan suara yang dilakukan arwah bapanya sepanjang bergelar penyanyi.

Menurutnya, arwah tidak mempunyai petua istimewa, sebaliknya mengamalkan perkara asas yang memerlukan disiplin dalam kehidupan seharian.

“Kalau ikutkan, arwah tidak mempunyai rahsia yang terlalu istimewa. Dia mengamalkan perkara asas seperti penyanyi lain, antaranya mengurangkan minuman berais, mengelakkan makanan berminyak dan mendapatkan rehat secukupnya.

“Bagi saya, rehat yang cukup sangat penting untuk memastikan suara sentiasa terjaga,” jelasnya.

Artikel Lain