PELAKON Nam Ron tidak mengambil hati apabila lakonannya dikritik secara terbuka oleh seorang penonton di media sosial.Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, menganggap teguran tersebut sebagai perkara biasa dan menerimanya dengan hati terbuka tanpa terlalu memikirkan komen negatif yang diutarakan. “Ya saya berlakon tak best pun dan berlebihan. Saya okey saja, tak ambil hati pun,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Nam Ron tenang dengan kritikan netizen.Menerusi perkongsian itu, Nam Ron turut memuat naik tangkap layar komen seorang netizen yang mengkritik lakonannya dalam sebuah karya.Bagaimanapun, pelakon berkenaan turut menyentuh mengenai lakonan rakan seperjuangannya, Beto Kusyairy yang turut menjadi sasaran kritikan individu sama.Berbeza dengan dirinya yang memilih untuk bersikap tenang, Nam Ron mengakui berasa kurang senang apabila lakonan Beto pula dipertikaikan.ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron lega lakonan dihargai tuan badan, pujian jadi pembakar semangat - “Alhamdulillah dapat ’approve’ daripada watak sebenar“ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bising pula di luar, mengata di belakang cakap produksi bayar murah“ - Nam Ron tegur pelakon merungut selepas setuju harga tawaran“Tapi Beto best kot, kenapa nak babitkan dia? Sebagai peminat Beto, saya tak boleh terima.“Saya marah, geram dan sakit hati bila idola saya diganggu. Korang macam mana?” ujarnya.Namun Beto menerusi ruang komen tampil menjawab dengan tenang memberitahu dia berlapang dada dengan kritikan tersebut.Beto juga tidak terkecuali dikritik netizen.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat kepada Nam Ron dan berharap aktor itu tidak terlalu mempedulikan komen negatif berkenaan.Sebelum ini, Nam Ron pernah memberitahu dirinya jarang menerima pujian sepanjang penglibatannya dalam kerjaya seni.Malah dia sentiasa menganggap pujian netizen sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki hasil kerja.