suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak menang tangan! Azmi Saat terima pelbagai tawaran selain menyanyi... “Baca doa majlis, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak“

Azmi cuba penuhi tawaran di luar bidang nyanyian.

PENYANYI Azmi Saat mengakui semakin banyak menerima tawaran kerja di luar bidang nyanyian sehingga membuatkan dia terpaksa mempertimbangkan semula peluang yang datang.

Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, berkata pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan kerana menganggap sesetengah pekerjaan itu di luar kemampuan dan bidang yang biasa dilakukannya.

Menurutnya, antara tawaran yang diterima termasuk membaca doa dalam majlis, berkongsi pengalaman sebagai pemuzik dan individu buta, menjadi juri serta pengacara malah ada yang memintanya melawak.

Azmi pernah menjadi juri program realiti Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).

“Kebelakangan ini, banyak pula tawaran kerja yang bukan nyanyian. 

"Baca doa untuk majlis, berkongsi pengalaman sebagai pemuzik dan OKU buta, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak. Aduh.

“Awalnya saya tolak juga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat sedih fikir masa depan anak disahkan autisme... “Menitik juga air mata kami berdua“

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belum boleh bercakap selepas usia 2 tahun, Azmi Saat menanti nikmat dipanggil 'ayah'... Sedia tanggung kos tinggi untuk terapi

Bagaimanapun, Azmi akhirnya berubah fikiran selepas individu yang menawarkan peluang tersebut memberikan keyakinan kepadanya untuk mencuba.

Katanya, dia berpendapat tiada salahnya mencuba terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada pekerjaan berkenaan sesuai dengan dirinya atau sebaliknya.

“Apabila orang yang memberikan peluang itu kata saya boleh buat, rasa macam tak patut pula kalau tidak cuba.

Netizen anggap tawaran bukan nyanyian sebagai rezeki anak perempuan Azmi.

“Jadi, kita cuba sajalah apa yang termampu. Kalau sudah cuba tetapi tidak boleh atau tidak kena dengan kemampuan, tidak payah buat lagi. Okeylah kan begitu?” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat sokongan ramai yang rata-rata menggalakkan Azmi menerima peluang berkenaan dan tidak mengehadkan dirinya hanya dalam bidang nyanyian.

Malah, ada yang menyifatkan tawaran tersebut sebagai rezeki buat Azmi sekeluarga selepas anak perempuannya baru-baru ini disahkan berada dalam spektrum autisme.

Artikel Lain