suria

Anak belum boleh bercakap selepas usia 2 tahun, Azmi Saat menanti nikmat dipanggil 'ayah'... Sedia tanggung kos tinggi untuk terapi

Azmi maklumkan anaknya sehinga kini masih belummampu bercakap.

PENYANYI Azmi Saat berkongsi perkembangan anak tunggalnya iaitu Khalisa yang masih belum mampu menyebut sebarang perkataan meskipun kini berusia dua tahun empat bulan.

Sebagai seorang bapa, Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 38, mengakui perkara tersebut membuat dirinya sedih kerana belum mendengar anaknya itu bercakap. 

"Khalisa sekarang sudah 2 Tahun 4 Bulan. Alhamdulillah dia jarang sakit. Jarang sangat kami rasa susah menjaga dia. Jauh banyak yang seronok dari yang sedih.

Azmi dan isteri akan berusaha sehabis baik untuk membantu anaknya. 

"Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah panggilan ayah atau ibu dari Khalisa. Sampai sekarang, Khalisa belum ada sepatah pun perkataan bermakna dari mulutnya. 

"Malah, kalau dipanggil namanya pun Khalisa tak respond. Namun syukurnya banyak juga bijaknya dari sudut lain," katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. 

Tambah Azmi dia tidak akan membiarkan keadaan itu berlarutan dan bercadang mendapatkan perkhidmatan intervensi awal kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat kawal perbelanjaan sepanjang Ramadan, tangguh bayar bil sebab tiada kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azmi Saat selamat bersalin anak perempuan, sepakat beri nama Khalisa Insyirah

Meskipun ia memerlukan kos yang tinggi, Azmi berjanji dia akan tetap berusaha demi kebaikan anaknya itu. 

"Moga sedikit usaha ayah dan ibu ini dapat bantu adik untuk cepat bercakap. Ayah akan usahakan walau berapa pun kos yang perlu untuk kebaikan adik. 

"Ibu akan selalu berdoa moga Allah sentiasa jagakan adik untuk kami. Mohon juga kawan-kawan doakan yang terbaik buat Khalisa dan kami ya," ujarnya. 

Khalisa lahir pada November 2023. 

Dalam video berkenaan, Azmi dilihat membawa anaknya ke sebuah pusat perkembangang dan pembelajaran kanak-kanak bagi mendapatkan nasihat terbait buat Khalisa. 

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazira pada 2011 dan mereka pernah dikurniakan anak sulung lelaki pada 27 September 2021, namun Allahyarham Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021 kerana kegagalan fungsi otak.

Pada November 2023, Azmi dan isteri dikuniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khalisa Insyirah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain