suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dia sedang berubah menjadi lebih baik" - Nedim Nazri pesan jangan cari salah Nora Danish

Nedim tampil pertahankan bekas isterinya itu.

USAHAWAN Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya iaitu pelakon Nora Danish selepas menerima pelbagai respons berhubung komen yang ditinggalkan di laman Threads miliknya. 

Nedim meminta orang ramai tidak menjadikan perkara tersebut sebagai satu isu yang boleh menimbulkan salah faham. 

"Betullah bekas isteri saya balas itu. Jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik. 

Ada netizen yang tidak bersetuju dengan komen Nora itu. 

"Kalau dia mengingati saya, Alhamdulillah. 

"Dan kepada yang lain, bagilah jawapan yang korang nak bagi. Jangan persendakan seseorang," katanya. 

Nedim menulis perkara itu selepas Nora memberi komen ringkas yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut, termasuk menganggap jawapan balas tersebut tidak sesuai. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hormati privasi bekas suami, Nora Danish pilih berdiam... “Hubungan kami baik sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang menilai pasangan hidup, Nora Danish mahu cari sekufu

Dia sebelum ini menerusi dalam satu hantaran berbeza meluahkan rasa hairan apabila kebanyakan perniagaan dilihat tidak begitu rancak sepanjang bulan Ramadan. 

"Saya pelik, kenapa bulan puasa sahaja semua perniagaan macam perlahan dan tidak berapa nak jalan?" soalnya. 

Nora kemudian memberi jawapan mengingatkan agar lebih memberi fokus kepada ibadah. 

Nedim dan Nora sah bercerai pada Jun 2024. 

"Kerana Allah nak kita beri fokus dengan ibadah. Buang dunia dan fokus akhirat," tulis pelakon itu. 

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lekaki, Mohamed Neqayl. 

Selepas tujuh tahun hidup bersama, pasangan itu nekad membawa haluan masing-masing apabila bercerai dengan talak satu pada 19 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain