suria

Sedang menilai pasangan hidup, Nora Danish mahu cari sekufu

PELAKON Nora Danish mengakui konsep sekufu menjadi antara perkara yang dititikberatkan dalam memilih kawan termasuk pasangan hidup.

Bukan memandang dari segi pangkat atau harta, Nora, 44, berkata sekufu yang dimaksudkan adalah dari segi pemikiran, minat, gaya hidup dan sebagainya. 

“Sebenarnya yang mengenai sekufu itu, saya kongsi benda itu selepas saya baru pulang daripada kelas agama. Dia ada cakap yang kena cari pasangan atau kawan yang bukan sahaja sama pemikiran, tapi hobi yang sama dan sebagainya.

“Untuk rakan-rakan saya sekarang ini, Alhamdulillah semua baik-baik belaka. Mereka positif dan sebagainya. Kalau mengenai pasangan, untuk sekarang ini (Mickey) masih terlalu awal untuk saya cakap.

“Masih lagi dalam penilaian sebab baru sahaja kenal. Saya memang kalau boleh esok nak kahwin, tapi hanya berserah kepada Allah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi