suria

Drama Fasha Sandha tak bertudung viral... Aidil Aziz minta maaf enggan ulas, anggap rezeki isteri

PELAKON Aidil Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isterinya iaitu Fasha Sandha yang tampil tidak bertudung dalam sebuah drama lakonannya iaitu Doa Yang Terlindung.

Menurut Aidil atau Mohd Aidil Mohd Aziz, 38, berkata dia isu ini terlalu peribadi buat dirinya dan isteri malah berasa kurang selesa untuk memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tiada sebarang komen sebab kami tidak mahu cakap apa-apa, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan komen sebab lebih baik fokus kepada Drama Sujud Terakhir ini.

“Saya anggap begitu sebab perkara ini terlalu peribadi buat kami jadi maaf sangat kerana tidak mampu berikan sebarang komen.

“Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi