suria

Fareez tak berani ajuk Fauzi Nawawi, terhibur tonton parodi anak Awie dan Jamal Abdillah

PENYANYI Fareez Fauzi menyifatkan tindakan penyanyi Zaki Yamani dan Ahmad Merrah mengajuk gaya nyanyian bapa mereka iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Awie sebagai satu parodi menghiburkan.

Fareez atau Mohammad Fareez Fauzan Mohd Fauzi, 29, berkata kedua-dua penyanyi remaja itu pasti mengetahui batas dalam bergurau.

“Bagi saya okay selagi bapa mereka tidak memberikan komen apa-apa tapi kalau boleh biar ada batasnya... Saya rasa Merrah dan Zaki tahu batas cuma netizen saja rasa lebih.

“Di usia mereka itu mungkin sekadar gurauan biasa tapi yang lebih dahsyat apabila mengajuk bapa sendiri.

“Saya sendiri pernah buat kesilapan mengajuk bapa saya tapi mungkin bapa tidak luahkan apa yang dia rasa cuma sebagai anak kena jaga batas,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi