PELAKON Pablo Amirul sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose dengan sekali lafaz pada jam 12.30 tengah hari Isnin. Pasangan itu dinikahkan bapa kepada Dr Hana iaitu Datuk Seri Dr Hasrul Sani dengan disaksikan jurunikah Ustaz Syed Abdullah serta abang iparnya, Datuk Dr Awang Faisal. Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di The Dove Hall Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pablo dinikahkan oleh bapa Dr Hana. Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, menyerahkan wang tunai sebanyak RM800, set alat solat dan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pasangan pengantin tampil segak dan anggun dalam persalinan sedondon rona putih. Majlis turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul bakal akhiri zaman bujang, buat keputusan dalam masa singkatARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan doktor estetik dapat restu, Pablo Amirul rancang kahwin malas bercinta lama-lamaAntara rakan artis yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong. Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Pablo memberitahu keputusan untuk bernikah dibuat secara singkat kerana enggan menangguhkan perkara baik. Kata Pablo, kesibukan kerjaya masing-masing turut mendorong mereka untuk menyegerakan perancangan tersebut.Pablo kini bahagia bergelar suami Dr Hana. Pada April tahun lalu, Pablo memaklumkan dia kini sedang hangat bercinta dengan pakar estetik dikenali sebagai Dr Hana Rose atau nama sebenarnya Hanis Farhana. Menurut aktor berkenaan, hubungan mereka sudah mendapat restu keluarga dan enggan menunggu masa terlalu lama bercinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!