suria

“Itu cara mereka hargai karya seni” - Erika Foo terbuka terima kecaman, sedar rasa kurang senang peminat Siti Nurhaliza

Erika sentiasa mengagumi Siti.

PENYANYI Erika Foo terbuka menerima pandangan apabila ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang dengan penampilannya menyanyikan semula intro lagu Indah Percintaan yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagi Erika atau Erika Foo Hann Yi, 20, setiap komen yang dilemparkan adalah cara peminat menghargai karya nyanyian Biduanita Negara itu.

Malah, keputusan pihak syarikat rakaman Suria Records (SRC) untuk melakukan rakaman semula lagu berkenaan juga merupakan satu bentuk apresiasi terhadap muzik.

Kemunculan lagiu baharu Erika menimbulkan rasa kurang senang peminat Siti. 

“Saya rasa mereka mengecam kerana bersikap protektif. Itu cara peminat menghargai karya seni. Setiap orang ada cara berbeza untuk menghargai seni.

“Bagi saya, pihak SRC menghargai seni dengan memberi nafas baharu dalam lagu ini.

“Lagu itu dinyanyikan asal oleh Siti, jadi saya sudah sedia menerima komen orang,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai melenting tak setuju intro lagu Indah Percintaan ada dalam single Erika Foo, Axtin… “Selagi Tokti hidup tak perlu lagu dia dibaharukan” 

ARTIKEL BERKAITAN: Erika Foo tepis stereotaip, pilih rakam lagu dalam bahasa Melayu

Erika berkata demikian sebagai respons terhadap ketidakpuasan hati ramai peminat selepas dia tampil dengan lagu baharu berjudul Indahnya yang turut menampilkan penyanyi rap Axtin.

Dalam masa sama, Erika memberitahu bahawa dia sendiri membaca setiap pendapat yang ditulis oleh peminat Siti di media sosial.

“Saya baca komen-komen dan rata-rata mereka bercakap soal lagu itu dan bukannya tentang peribadi.

Saya sudah sedia menerima komen orang

ERIKA FOO

PENYANYI

“Saya juga amat memahami kemungkinan mereka tidak boleh menerima. Setiap orang ada cita rasa sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pihak SRC mula memuat naik teaser lagu Indahnya sehingga mencetuskan perdebatan, termasuk komen yang mempertikaikan keputusan memberi nafas baharu terhadap karya berjudul Indah Percintaan.

Erika tenang berdepan kecaman. 

Rata-rata kurang bersetuju lagu-lagu Siti dirakamkan semula dan dinyanyikan oleh penyanyi lain.

Untuk makluman, lagu Indah Percintaan merupakan single yang dimuatkan dalam album Safa dan dikeluarkan pada tahun 2001 oleh SRC.

Indah Percintaan yang ditulis dan digubah oleh Nyzar serta M. Zulkifli merupakan antara lagu balada yang diminati peminat muzik Melayu pada awal tahun 2000-an.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain