suria

Sudah bertahun hadap, Zara Zya selalu nampak ‘ponti’ duduk cangkung mengintai di dapur

Zara dakwa dirinya boleh melihat makhluk halus.

PELAKON Zara Zya berkongsi pengalaman seram apabila mendakwa pernah melihat makhluk halus di rumahnya. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata biarpun kelibat makhluk halus itu tidak jelas, namun dia yakin apa yang dilihat bukan sekadar imaginasi.

“Saya selalu nampak kabus hitam dan bayangan sahaja. Kalau jelas seketul-seketul, tidak pernah.

Perkongsian Zara di Threads. 

“Yang selalu mengintai saya di dapur itu pun bayangan,” katanya.

Zara menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.

Pelakon ini turut memberi gambaran bahawa kelibat yang sering mengintainya merupakan makhluk halus yang sering disebut sebagai pontianak.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya impi hidup berumah tangga, anggap diri ‘menyeramkan’ punca tiada lelaki mendekat 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecaman buat Zara Zya lebih kuat, ucap terima kasih atas doa peminat

“Saya tahu dia ‘pon pon’. Pakai baju putih yang tidak berapa bersih dan mencangkung. Sibuk saja,” ujarnya.

Kisah tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat, termasuk mereka yang turut berkongsi pengalaman sama.

Bahkan, ada juga yang menasihati Zara supaya mendapatkan rawatan alternatif bagi membendung perkara tersebut.

Zara pernah mendapat rawatan alternatif. 

Dalam masa sama, dia memberitahu kejadian misteri yang dialami itu bukanlah satu perkara baharu.

“Terima kasih kepada yang komen suruh berubat. Semestinya saya sudah pergi.

“Saya hadap bukan semalam, tapi sudah bertahun,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain