suria

Zara Zya impi hidup berumah tangga, anggap diri ‘menyeramkan’ punca tiada lelaki mendekat

Zara luah rasa ingin berumah tangga.

SEPERTI wanita lain, pelakon Zara Zya turut menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin bagaimanapun mengakui hasrat tersebut masih belum menjadi kenyataan walaupun usianya kini mencecah 40 tahun.

“Semua orang ada impian, saya pun ada keinginan untuk mempunyai pasangan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Netizen harap Zara bersabar menanti pasangan tepat.

Menurut pelakon drama Love You Mr Arrogant itu, sehingga kini masih belum ada lelaki yang berani mendekatinya, malah dia merasakan dirinya dilihat sebagai seorang yang ‘menakutkan’.

“Tapi nak buat macam mana, belum ada yang sudi datang jumpa dan mendekat. Mungkin saya ini nampak menyeramkan,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata memahami perasaan aktres berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya hidap kanser tahap satu… Hidung kerap berdarah, cepat penat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sebar berita palsu tuduh tak boleh hamil, Zara Zya mohon jangan layan... “Dia tak sihat”

Malah rata-rata mereka mendoakan agar Zara diberikan pasangan yang soleh selain berharap dia bersabar menanti insan yang tepat buatnya.

"Bukan tak sudi, belum masanya. Biar lambat asalkan dengan orang tepat.

"Dapat jodoh cepat belum tentu hidup selamat. Insya-Allah tak di dunia di akhirat. 

"Anggap saja belum ada rezeki yang selayaknya. Mungkin jodoh tengah hafal doa qunut," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain