USAHAWAN Nedim Nazri sekali lagi mencuri tumpuan netizen di media sosial selepas berkongsi luahan perasaan cinta terhadap pelakon Nadia Brian melalui hantaran di akaun Instagram miliknya. Dalam kapsyen yang cukup menyentuh hati, Nedim berkata, berjumpa dengan Nadia adalah pilihan tepat kerana wanita itu berjaya mengembalikan dirinya yang pernah hilang dan membuatnya merasa lengkap semula. "Mencintai awak terasa seperti pulang ke tempat yang saya tidak pernah tahu saya hilang," katanya.Hubungan Nedim dan Nadia mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain.Hantaran yang dimuat naik pada Sabtu itu memaparkan foto kedua-dua mereka berpegangan tangan sambil berjalan di sebuah kawasan tasik.Tidak ketinggalan, Nadia turut meninggalkan komen balas yang penuh kasih sayang terhadap Nedim."Saya juga, baby (panggilan Nedim), saya sayang awak," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Nadia Brian bukan kerana harta, Nedim Nazri lelaki penyayang dan penyabarARTIKEL BERKAITAN: Nedim Nazri kongsi foto berpegangan tangan dengan Nadia Brian, peminat ‘restu’ hubungan cintaSebagai balasan, Nedim memanggil Nadia dengan panggilan sayang, menandakan hubungan mereka semakin serius dan terbuka. Sebelum ini, Nedim dilihat tidak lagi menyembunyikan hubungan rapatnya bersama Nadia apabila memuat naik foto mereka berpegangan tangan di media sosial, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status mereka.Dalam temu bual bersama mStar, Nadia mendedahkan bahawa dia menerima mesej peribadi (DM) daripada bekas isteri Nedim iaitu aktres Nora Danish yang membuatkannya tersentuh dengan penerimaan diberikan.Nedim memanggil Nadia dengan panggilan sayang.Untuk rekod, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Neyqal. Bagaimanapun, pasangan ini disahkan bercerai pada Julai 2024.Sementara itu, Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin, pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube