PENYANYI Didi Astillah dilaporkan selamat bergelar tunangan kepada pilihan hatinya, Diniey Ng pada Sabtu.Difahamkan majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan rapat.Majlis pertunangan Didi berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar Kuala Lumpur. Pada majlis bahagia itu, Didi dilihat mengenakan baju kurung manakala Diniey memakai baju Melayu berwarna merah jambu lembut.Sementara itu, kakak Didi yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah dilihat sebak menyaksikan adiknya kini sudah menjadi tunangan orang. Malah, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Bella sedang mengesat air matanya secara bersembunyi.ARTIKEL BERKAITAN: Alahai romantiknya Didi Astillah dilamar teman lelaki, tak malu melutut serah cincinARTIKEL BERKAITAN: Cukup-cukup fitnah! Didi Astillah ‘naik angin’ Ruhainies masih kaitkan Bella rancang tangkap khalwatSebelum ini, Didi menerima kejutan lamaran daripada Diniey pada sambutan Tahun Baharu 2026. Menerusi video yang dikongsi, Diniey dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika acara konsert ambang Tahun Baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.Meluahkan rasa gembira, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyifatkan detik itu sebagai permulaan baharu untuk tahun ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube